boleh kasi thumbs up tak?

Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Monday, January 9, 2012

untuk senangkan hati

inilah sebab kenapa aku deactivatekan account facebook yang lagha itu

cuba bina disiplin diri yang dah lama hilang








BENCI. kalau benci tu boleh digambarkan seperti benih pokok yang ditanam dalam kepala kita, semakin kita benci, semakin pokok tu membesar, hingga akhirnya, akar pokok kebencian tadi tak dapat ditahan oleh kepala, lalu. GEDEBOMMM!! bersepai otak. bila otak dah hilang, bak kata orang sekarang, ape pun tak boleh..mati.. macam dalam cerita komik seram, PERJANJIAN PUAKA. semuanya bermula dengan perasaan benci dan penyakit hasad dengki, bila dibalas, senang hati, tapi akibatnya, sangat teruk, memakan diri.. (kalau tak faham dan rasa nak pinjam komik boleh bagitahu)

tapi masalahnya sekarang, perasaan benci pada manusia ni terletak pada hati, di mana otak ni sebagai penghasut je, yang mana sebenarnya otak ni dihantui oleh iblis laknatullah. jadi tak mustahil perasaan benci tu lamalama akan buat hati kita jadi BERULATULAT,BUSUK,dan KOTOR.

nasihat untuk diri sendiri dan orang lain: setiap apa yang diciptakan kat dunia ni, Allah bagi kelebihan masingmasing. contohnya, air hujan yang jatuh ke tanah, jadi lecah/becak, bagi manusia ramai yang tak suka sebab bila lalu tempat lecah camtu, kasut kotor, kain berlumpur. tapi ada makhluk yang dapat rasa kelebihan lecah tu.tak caye? sila lihat gambar bawah:
lecah yang selama ni aku elak bagai nak rak, satu hari aku nampak makhlukmakhluk ni, sangat seronok memandikan diri diorang. macam korang g mandi waterfall atau taman tema air dengan kawankawan atau family la. (masa ni aku rasa nak nangis tengok kegembiraan diorang,walau sebenarnya, aku takut dengan itik)
apa yang aku nampak, walau apa pun yang Dia turunkan kat bumi ni, tak kira lah rupa canti ke hodoh,wangi atau busuk, tapi setiap benda tu tak pernah ada sedikit pun sifat SIA-SIA pada nikmat tersebut, melainkan kita sendiri yang menSIA-SIAkannya.

jadi jangan membenci, jangan berdengki because you have your own 'x-factor'. :)

'therefore do not feel feeble nor grieve, for you are SUPERIOR if you are believers.' (Al-'Imran:139)

ASSALAMUALAIKUM, kawankawan yang comel :)

Friday, December 23, 2011

PENAT




seingat aku sejak 3 tahun lepas tengkorak ni dilukis, dia tak pernah penat tersenyum, dan berdiri.. masa tu aku ingat lagi, aku hanya ada kertas yang kosong,pensil dan pemadam, juga pen, dan aku kena ingat namanama tulang . aku rasa, menghafal adalah satu kerja yang kadangkadng leceh. jadi aku corakkan kertas tadi dengan lukisan buruk yang kadangkadang hanya aku je yang faham. tak ape lah, yang penting ianya bermanfaat.

wahai KAWAN saya yang comel ^_^
kalau aku cakap, janganlah kau menangis,
aku di sini, kau di sana, dan emak di tempat lain pula
aku sedih kau takdapat peluk EMAK untuk dapatkan ketenangan
lagi sayu bila aku tak dapat memegang tangan untuk kongsi sedikit kekuatan
sebab kePENATan yang hanya kita rasa.

ingat lagi tak, dulu kita diberi satu kain putih,
ya, kain putih yang tidaklah besar manapun, dan tugas kita adalah mewarnakannya.
"aku tak pandai" itu kata kau, tak apa, kita belajar bersama.
aku minta maaf sebab kita tak menang pada hari tu,disebabkan mungkin pilihan warna aku, yang nampak
DULL.
atau kerana makcikmakcik batik lain lebih expert.
but at least we've learnt. and the experience that we gained..itulah kemenangan yang sebenar.

 ALLAH bagi sesuatu ujian tu bersesuaian dengan kemampuan kita. sebab kita mampu hadapi, sebab tu dia bagi ujian tu. ISLAM ITU TIDAK MEMBEBANKAN. :)

bila kita mintak KEKUATAN dari Dia, Dia takkan bagi kekuatan, tapi dia lagi bagi ujian untuk kita supaya bila kita hadapi ujian tu dengan sabar dll, secara automatiknya kita akan develop kekuatan dalam diri. 


pesanan dari ibu : Allah letakkan kita di satu jalan tu, kita lah yang kena corakkan jalan kita.sebab tu lah dunia ni Allah hadirkan dengan pelbagai warna, bukan dengan putih sahaja walau putih itu warna yang suci, supaya kita boleh mencorakkan apa yang Allah dah letak untuk kita. kalau kita corakkan dengan wara gelap, gelaplah semuanya, kalau kita corakkan dengan warna yang terang, cerialah ia.kuranglah kepenatan tu :)


Assalamualaikum. :)


Saturday, November 26, 2011

janji dan hati dan juga skill yang telah pudar

kerana aku dah berjanji dengan seorang schoolmate tentang gambar diatas. 

kenapa kita pakai kasut, untuk melindungi kaki dari sebarang kecelakaan semasa berjalan. kerana berjalan adalah rutin seharian kita. bukan seperti antinganting yang bertujuan sebagai perhiasan sahaja. takut jika terpijak benda tajam, atau najis, atau benda yang tak sepatutnya. 
bezanya, kalau kasut yang menutupi kaki tu complete, lebihlah perlindungannya,hujan pun belum tentu kaki basah.tapi bergantung pada material juga. faham kan?

macam tu juga hati, mesti pasangkan perlindungan pada hati. kalau perlindungan yang dipasang itu menyeluruh, keseluruhan hati insyaAllah dilindungi. kalau hati dipasang dengan perlindungan yang agak terdedah seperti diatas, ada ruang yang boleh dimasuku anasir jahat untuk rosakkan hati.

sama juga macam wanita..semakin banyak kawasan yang dipasang 'perlindungan' , semakin selamatlah ia.

perlindungan yang dimaksudkan, anda sangat bijak untuk memikirkannya. ~tamat~

oh sebelum terlupa, i realized that i'm no longer hebat in drawing. ok sebelum ni taklah hebat sangat macam profesional, tapi sekarang nampak teruk. sedihkah? ya. sangat. rindu pembaris T,set square, etc, dan sudah tentu  MR.KOH SWEE GUAN yang mengajar aku tentang lukisan itu, dan PN.ZAINON yang memperkenalkan dan mempercayai aku dalam hal lukisan geometri. let bygones be bygones.rezeki bukan di arah itu.mungkin generasi akan datang.


sekian, ASSALAMUALAIKUM kawan :)

unknown entry

lokasi semasa kejadian, restoran tempat biasa
pesanan sahabat, luahkan apa yang kau rasa contohnya diari
oh i didnt wrote in diary
tulislahdalam blog kau (she knew it)

sekarang saya tulis wahai sahabat

ada satu rumah emas dimana mereka semua tinggal wahai sahabat
bukan sahaja emas dari segi fizikal, tetapi segalanya emas.mentaldansegalanya

sedang diri ini hanya kuman di rumput luar rumah
merayau,
rumah emas bukan tempat untuk diri yang hina

tersesatkah si hina ini dihadapan rumah emas engkau semua
DIA yang letak si hina disini
tapi si hina masih tak kuat untuk mengetuk pintu
mungkin si hina masih letih

menangis bukan kerana ketidak DEWASAan

sahabat lain berpesan, "menagis akan hilangkan ingatan tentang hal yang ditangisi"
jadi si hina menagis dengan harapan ketakutan dan kelemahan akan hilang.

hiburan




terima kasih kawankarib sebab mengINSPIRASIkan aku untuk menulis ayat umpama sastera macamni,maaf sedikit meniru cara penulisan anda (jangan marah :) ).
the great thing is: rupanya masih ada skill berbahasa melayu dengan betul

P/S: kalau sedang down jangan dengar lagu sedih macam "show me the meaning of being lonely" . so pathetic. bacaan ayat suci adalah tenang.

baiklah, ASSALAMUALAIKUM :)

Thursday, November 10, 2011

the best for us.


Ku tinggalkan jauh semua Kenangan yang lara, Aku tekadkan segala Impian dan cita,Meniti usia Tak semudah seperti yang disangka
Dan kepahitan Menjadi teman diri Ku tempuhi onak duri sendiri di sini 
Walau jauh jarak kita Walau rindu dalam rasa Kerana itu takdirnya terbaik buat kita Andai masih ada usia Dan jejakku disana Kerana itu takdirnya Terbaik buat kita.

lagu band diary ni memang aku suka maksudnya (apasal kawan aku ramai tak tahu lagu ni, meningful!).tapi maksudnya bukanlah macam 1st impression korang, maybe korang akan fikir macam, "eh ini macam lagu cintan cintun yang tak kesampaian je" memang tak la bagi aku. tapi lagu ni memang bila aku dengar  aku akan teringat kat kawan aku 2 3 orang . pasalanye senang je, Allah tahu ape yang terbaik buat kami.  
kena ingat, walau kita belajar samasama, main samasama, berlibur samasama, belum tentu akan datang kita dapat benda yang sama. sebab Allah dah tentukan untuk semua, we just have to work on it.

'Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)'  (Al-Qamar, ayat 49)

walaupun aku tercampak kat sini, selepas brainwash diri sendiri, aku tahu yang Allah s.w.t letak aku kat sini ade sebabnya,  mungkin hanya Dia yang tahu. Alhamdulillah, paling tidak, aku dah dibenarkan untuk berdikari. (sekarang aku pegang i.c aku sendiri beb, dulu samapi zaman matrik, mak aku yang pegang). dan yang penting bila dicampak di bumi terengganu ni dengan environment budakbudak genius yang aku rasa diri aku kecil macam e.coli ni, aku jumpa satu lagi 'sudut'  kehidupan. walaupun sebelum ni aku dah jumpa macammacam jenis, tapi TRUST ME!, sudut ni lah yang paling tenang. aku rasa korang sendiri boleh tafsirkan ape. kalau takleh faham gak, bagitahu, nanti aku buat entry khas untuk korang faham.

akhir kata, ibarat korang dahaga di padang pasir, datang satu sumber air untuk korang, mesti korang rasa macam tak tahu nak berterima kasih berjutajuta billion lemon kan. macam tu lah aku rasa pada pertolongan ALLAH.

 ASSALAMUALAIKUM, bye, goodnight.




Thursday, September 22, 2011

wanita istimewa

sahabat,
kau hebat kerana dapat menjadi isteri solehah pada usia ini,
dan bakal menjadi ibu pada usia ini,
hamba yang patuh pada Pencipta,
anak yang patuhi ibu bapa dan abang abangnya,
rakan yang menyenangkan,
pelajar yang paling komited dengan kerja, yang pernah aku kenal,
terakhir sekali,
wanita yang sangat kuat dan istimewa, sebagaimana istimewa namanya,
Aishah..