boleh kasi thumbs up tak?

Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Monday, January 9, 2012

untuk senangkan hati

inilah sebab kenapa aku deactivatekan account facebook yang lagha itu

cuba bina disiplin diri yang dah lama hilang








BENCI. kalau benci tu boleh digambarkan seperti benih pokok yang ditanam dalam kepala kita, semakin kita benci, semakin pokok tu membesar, hingga akhirnya, akar pokok kebencian tadi tak dapat ditahan oleh kepala, lalu. GEDEBOMMM!! bersepai otak. bila otak dah hilang, bak kata orang sekarang, ape pun tak boleh..mati.. macam dalam cerita komik seram, PERJANJIAN PUAKA. semuanya bermula dengan perasaan benci dan penyakit hasad dengki, bila dibalas, senang hati, tapi akibatnya, sangat teruk, memakan diri.. (kalau tak faham dan rasa nak pinjam komik boleh bagitahu)

tapi masalahnya sekarang, perasaan benci pada manusia ni terletak pada hati, di mana otak ni sebagai penghasut je, yang mana sebenarnya otak ni dihantui oleh iblis laknatullah. jadi tak mustahil perasaan benci tu lamalama akan buat hati kita jadi BERULATULAT,BUSUK,dan KOTOR.

nasihat untuk diri sendiri dan orang lain: setiap apa yang diciptakan kat dunia ni, Allah bagi kelebihan masingmasing. contohnya, air hujan yang jatuh ke tanah, jadi lecah/becak, bagi manusia ramai yang tak suka sebab bila lalu tempat lecah camtu, kasut kotor, kain berlumpur. tapi ada makhluk yang dapat rasa kelebihan lecah tu.tak caye? sila lihat gambar bawah:
lecah yang selama ni aku elak bagai nak rak, satu hari aku nampak makhlukmakhluk ni, sangat seronok memandikan diri diorang. macam korang g mandi waterfall atau taman tema air dengan kawankawan atau family la. (masa ni aku rasa nak nangis tengok kegembiraan diorang,walau sebenarnya, aku takut dengan itik)
apa yang aku nampak, walau apa pun yang Dia turunkan kat bumi ni, tak kira lah rupa canti ke hodoh,wangi atau busuk, tapi setiap benda tu tak pernah ada sedikit pun sifat SIA-SIA pada nikmat tersebut, melainkan kita sendiri yang menSIA-SIAkannya.

jadi jangan membenci, jangan berdengki because you have your own 'x-factor'. :)

'therefore do not feel feeble nor grieve, for you are SUPERIOR if you are believers.' (Al-'Imran:139)

ASSALAMUALAIKUM, kawankawan yang comel :)

Friday, December 23, 2011

PENAT




seingat aku sejak 3 tahun lepas tengkorak ni dilukis, dia tak pernah penat tersenyum, dan berdiri.. masa tu aku ingat lagi, aku hanya ada kertas yang kosong,pensil dan pemadam, juga pen, dan aku kena ingat namanama tulang . aku rasa, menghafal adalah satu kerja yang kadangkadng leceh. jadi aku corakkan kertas tadi dengan lukisan buruk yang kadangkadang hanya aku je yang faham. tak ape lah, yang penting ianya bermanfaat.

wahai KAWAN saya yang comel ^_^
kalau aku cakap, janganlah kau menangis,
aku di sini, kau di sana, dan emak di tempat lain pula
aku sedih kau takdapat peluk EMAK untuk dapatkan ketenangan
lagi sayu bila aku tak dapat memegang tangan untuk kongsi sedikit kekuatan
sebab kePENATan yang hanya kita rasa.

ingat lagi tak, dulu kita diberi satu kain putih,
ya, kain putih yang tidaklah besar manapun, dan tugas kita adalah mewarnakannya.
"aku tak pandai" itu kata kau, tak apa, kita belajar bersama.
aku minta maaf sebab kita tak menang pada hari tu,disebabkan mungkin pilihan warna aku, yang nampak
DULL.
atau kerana makcikmakcik batik lain lebih expert.
but at least we've learnt. and the experience that we gained..itulah kemenangan yang sebenar.

 ALLAH bagi sesuatu ujian tu bersesuaian dengan kemampuan kita. sebab kita mampu hadapi, sebab tu dia bagi ujian tu. ISLAM ITU TIDAK MEMBEBANKAN. :)

bila kita mintak KEKUATAN dari Dia, Dia takkan bagi kekuatan, tapi dia lagi bagi ujian untuk kita supaya bila kita hadapi ujian tu dengan sabar dll, secara automatiknya kita akan develop kekuatan dalam diri. 


pesanan dari ibu : Allah letakkan kita di satu jalan tu, kita lah yang kena corakkan jalan kita.sebab tu lah dunia ni Allah hadirkan dengan pelbagai warna, bukan dengan putih sahaja walau putih itu warna yang suci, supaya kita boleh mencorakkan apa yang Allah dah letak untuk kita. kalau kita corakkan dengan wara gelap, gelaplah semuanya, kalau kita corakkan dengan warna yang terang, cerialah ia.kuranglah kepenatan tu :)


Assalamualaikum. :)


Monday, December 19, 2011

limited edition.

ASSALAMUALAIKUM :)


kalau ditanya, anda nak hadiah anda diberi macamana? mesti ramai yang jawab, nak di balut  dan orang lain takleh tahu ada apa dalam kotak hadiah tu, surprise nye hanya penerima hadiah je tahu dan happy dengan kehadiran hadiah tu. dan as the present was given to you, mestilah kalau boleh anda taknak ade orang lain yang ambil hadiah tu dan mesti anda akan jaga sebaik mungkin, walaupun hadiah tu mungkin bagi orang lain macam biasa je, takde la special sangat, tapi sentimental value tu hanya anda yang tahu.betul takkk??


istimewanya sebuah hadiah tu kan. :)

teringat pada nasihat, atau lagi senang dikatakan sebagai perumpamaan yang aku belajar dari seseorag yang aku panggil 'ibu' walaupun bukanlah ibu kandung aku. PEREMPUAN ITU MACAM HADIAH. kalau nak bagi hadiah kat orang, takkan korang nak kasi hadiah tu 'bogel' je kan. macam tak sopan dan tak hormat penerima hadiah pulak (kalau piala tu lain cerita ok).

SALAH SATU sebab wanita disuruh menutup aurat, ialah sebab wanita ni memang ibarat hadiah yang akan diberikan kepada si suami, dah hanya suami lah yang selaku penerima hadiah, yang layak membuka hadiah tersebut. kaum wanita yang saya hormati sekalian :) kalau awalawal lagi anda sudah tidak menjaga apa yang anda patut jaga, macam tak special pulak lah kan, sebabnya orang lain dah dapat tengok hadiahhadiah yang sepatutnya hanya si suami yang layak, jadi nilainilai estetika ketulenan itu dah hilang. macam dalam lirik lagu KITA INSAN BIASA yang part chorus perempuan tu. 

sebenarnya agak susah aku nak terangkan kat sini. dah dua tiga kali aku tulis pastu padam balik sebab takut ada yang kata aku ni datang sini belajar medik ke belajar munakahat. jadi nasihat aku ialah, jika anda seorang perempuan, baca balik perenggan pertama dan sila relate kan dengan diri anda sebagai perempuan, iaitu, ibaratkan anda adalah hadiah yang aku ceritakan. kalau anda lelaki sila berfikir betul tak apa yang aku cakap.

"impure women are for impure men, and impure men are for impure women; and pure women are for pure men and pure men are for pure women, such are innocent of that which people say.For them there is forgiveness and honorable provision."
(An-nur : 26)

sekarang ni aku tengok kaum hawa yang bertudung, tambahan lagi yang bertudung labuh, sangat makin lama makin kurang, dapatlah aku katakan kat sini yang diorang semua ini LIMITED EDITION yang mana LIMITED EDITION SEMESTINYA SANGAT SPECIAL DAN CIRICIRI MENARIKNYA LEBIH DARIPADA YANG BIASA.

p/s: (nak meniru ayat orang lain sikit) peringatan buat diri sendiri yang masih banyak melakukan dosa sebagai hamba yang hina dan juga pesanan untuk yang lain supaya kita tidak kembali ke zaman dahulu kala bertemankan kejahilan. 

assalamualaikum 

Saturday, December 17, 2011

perasaan sendiri dan usaha


pernah tengok tak video atas tu? i found it simple but meaningful. sebab tepat dengan apa yang selalu kita rasa. kadangkadang kita rasa macam kawankawan pinggirkan kita then nampak macam diorang tengok kita pelik dua macam je. tapi sebenranya kita dah salah sangka. kalau dah namanya kawan, dia takkan buat jahat kat kita sebab bagi aku tak ada istilah "kawan yang jahat" yang ada hanyalah 'sahabat' atau 'musuh'.

dulu pun aku pernah rasa camni, cerita lama zaman sekolah rendah. kadangkadang bila kita ada masalah  personal kita sendiri kita rasa macam the whole world is laughing to us. tambahtambah kalau ada masalah family. sebab tu kita macam jadi diam, bersendiri, memikirkan jalan penyelesaian masalah kita tu yang sebenarnya memang kita takleh carry sorangsorang. lepas tu mula lah jauhkan diri dari kawan, sedangkan kawan pun nak tahu kenapa kita berubah dan cuba nak bantu, tapi bagi kita sebagai manusia yang penuh rasa ego dan malu, rasa macam masalah tu hak kita dan kalau dikongsi, takut membebankan orang lain.

KAN ADA ALLAH.

bila mengadu pada Allah, mohon diberikan kekuatan, kadangkadang bila kita mintak sesuatu dari Dia, tak semestinya benda yang kita mintak tu boleh turun SEKETUL depan mata. mesti ada medium lain Allah nak sampaikan pada kita. sedangkan Rasulullah s.a.w terima wahyuwahyu dari Allah melalui perantara, Jibril, inikan kita hamba Dia ni.

sebab tu Allah hadirkan sahabat untuk berkongsi masalah, bagi pendapat dan kadangkadang menghiburkan hati kita yag tengah sedih. jangan lah bila dah sedih, kita sedihkan lagi hati kita dengan escape dari kawan, pastu berfikiran sempit seorang diri.

kita manusia yang perlu mencari. nak makan pun kena pergi cari barang makan, dah siap makanan, kena ada usaha iaitu, bukak mulut, nasi tu tak boleh jalan sendiri masuk dalam perut kita untuk bagi tenaga pada kita :) 

"Untuk orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya, dikurniakan                         segalakebaikan serta satu tambahan yang mulia .."
                                            (surah  Yunus, ayat 26)


takkan sampai bilabila kita nak duduk di tampuk lama? kena ingat, esok mesti lebih baik dari hari ni, dan hari ni mesti lebih baik dari semalam.macamana nak capai? usaha degan niat yang betul

ASSALAMUALAIKUM :)


Sunday, December 11, 2011

menyampaikan

ASSALAMUALAIKUM 

dulunya aku ni seorang yang cepat naik darah walau dijentik sikitpun tapi sekarang aku lebih prefer senyum dan buat lawak supaya orang yang menjentik tu pun tak terasa sakit, aku pun rasa happy. sebaliknya aku masih berfikir tentang kesilapan aku atau kesilapan tukang jentik dan akhirnya aku akur kesilapan aku.

dalam beberap hari ni (2 minggu lepas rasanya) ada beberapa orang berpengalaman, termasuk sorang ustazah masa aku belajar kat matrik, memberi pendapat diorang tentang sikap remaja ni. sedikit sebanyak diri ni akan terasa sebab aku remaja lagi :D 

menurut diorang, sikap remaja ni yang nak menegur sesetengah pihak, cara tegurannya tak betul, dan menyakitkan hati. iaitu, diorang tegur guna kekasaran. kekasaran yang aku maksudkan tu, diorang menegur dengan cara mengherdik, memaki,menyindir,memaksa sampai ada yang menggunakan kata-kata kesat. kena ingat, kalau salah menegur, negatif hasilnya. :)

ada jugak sahabat yang tanya pendapat aku pasal tegur menegur orang lain (bukan tegur yang 'hai, ape kabor' tu ye). bagi aku camni lah:

kalau kita paksa seseorang tu makan ubat, dye taknak, tapi kita paksa jugak dengan secara tak berhemahnya, maka yang dipaksa tadi akan masukkan ubat ke mulut, tapi bila kita pergi, boleh je dia nak ludah buang balik ubat tu.
tapi kalau kita bagitahu kebaikan ubat tu untuk masa depan dia, apa akan jadi kalau dia tak makan ubat tu dan apaapa yang sewaktu dengannya, tak mustahil akan timbul rasa nak makan ubat tu sebab nakk jega masa depan.

promot: marina island (perak) sangat cantik :)


lastly for muslim, nak berdakwah bukan nak PAKSA orang ikut apa yang kita cakap. jadi sebelum berkatakata berfikirlah.

p/s: aku pun bukan sempurna dan bukan orang yang baik untuk menegur, bercakap pun bahasa kasar lagi, jadi aku cuba nak berkongsi supaya kita tak lost satu hari nanti.





Friday, December 2, 2011

jahat

kita kena ingat

kalau kita rasa hidup kita susah, ada yang hidup lebih susah dari kita, 
jadi BERSYUKURLAH

kalau kita rasa kita tak lawa, sesungguhnya manusia itu Allah ciptakan sebagi sebaikbaik kejadian dan dianugerahi extra akal..gunakanlah ke jalan yang betul, BERSYUKURlah

kalau rasa kita tak pandai, ingatlah yang ade orang, langsung tak ada peluang nak jejakkan kaki ke sekolah, tak ada rezeki nak sambung belajar. jadi, HARGAIlah apa yang kita dah dapat dan jangan SIA-SIAkan

kalau anda rasa anda hebat, ingatlah ada yang lebih hebat berkuasa dari anda yang mana anda juga dicipta olehNya. 



Kita tulis benda benda baik, tak semestinya kita baik. TAPI, sekurang kurangnya kita tak  tulis benda benda tak baik. 


Kite cakap benda baik, tak semestinya kita baik..TAPI, sekurang kurangnya kita tak cakap benda benda tak baik.


Kita buat baik, tak semestinya baik, TAPI sekurang kurangnya kita tak buat benda yang tak baik..


Kite bukanlah bagus, tapi insyallah, kite menuju dan berusaha untuk menjadi yang baik

ASSALAMUALAIKUM :)

Thursday, November 24, 2011

sometimes,just need to be ALONE

kadangkadang seorang manusia memang perlukan masa untuk bersendirian.bagi aku:
  • untuk kita fikir balik apa yang dah berlalu, bukan untuk berada di tampuk lama, tapi untuk peringatan, muhasabah diri
  • untuk bagi masa untuk diri sendiri nikmati hidup. maksudnya bukan untuk berhibur taktentu hala sorangsorang,tapi lebih kepada menghayati kehidupan sebagai penghuni di mukabumi PENCIPTA ni
  • kadangkadang kita perlu buat satu keputusan tanpa pengaruh orang lain. memanglah seeloknya tanya pendapat orang lain, tapi lepas tu baik kita nilai balik segala pandangan then baru buat keputusan.
  • untuk mendapatkan ketenangan bila ada hal peribadi yang tak semua orang boleh faham. kalau manusia takboleh faham , Allah swt tu maha mengetahui kan :)
  • semuanya tentang mendapatkan ketenangan, yang mana setiap orang ada definisi yang berlainan tentang "ketenangan" 

teringat zaman matrikulasi, dalam kelas ketawa samasama kawan, time makan selalu sorang, because i used to eat, alone, masa tu lah. walau banyak mana pun kawan, kadangkadang kita akan terasa untuk duduk berseorangan. inilah yang buat seseorang tu lebih berdikari. sekarang pun, kadangkadang lebih selesa jalan di mydin,giant atau pergi terminal sendiri. tapi ada sahabat yang cakap "jangan berani sangat, terengganu sekarang dah macam KL".

jangan risau, pokoknya, aku bukan berseorangan pun, Allah selalu ada.

thanks roomate,walaupun bukan harijadi sebenar.(tetiba) *dia tahu orang ni suka bendabenda kanakkanak ribena


Manusia sememangnya dikurniakan sifat suka berkeluh kesah. 

"Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh."
"Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah,"
"Dan apabila mendapat kebaikan (harta), dia menjadi kikir"
                         
                    ( Surah Al-Ma'arij, ayat ke- 19-21)

pada pendapat peribadi, daripada kita terus menerus berkeluh kesah, ada baiknya kita duduk sorangsorang buat seketika, fikirkan apa punca kita  ditimpa sesuatu masalah, mungkin balasan dosa, atau ujian Allah, menjadi hamba, taklari dari ujian dariNya. macam sekarang,hujan rahmat di serata Malaysia :D.


P/S: oh, dua tiga hari ni aku banyak terdengar cerita tentang seseorang kenalan ni yang pernah menggegarkan mimpi aku, apeapepun aku gembira dengar berita dan cerita tersebut. (tetiba hati jadi tenang selepas merasionalkan fikiran berseorangan). harapan, semoga bahagia dan ditetapkan iman. :)


sekian,

ASSALAMUALAIKUM :D

Sunday, November 20, 2011

bila di UJI


a barber can't cut his own hair,can a doctor cure dirinya sendiri?
boleh. 
kesakitan tu adalah anugerah Allah s.w.t, appreciate it, jgn mengeluh, rawatlah ia, scientifically dan secara rohaninya,.


 ok, selamat tengah malam.

p/s:masih tak faham kenapa diberi antibiotik.

ASSALAMUALAIKUM