Ku tinggalkan jauh semua Kenangan yang lara, Aku tekadkan segala Impian dan cita,Meniti usia Tak semudah seperti yang disangka
Dan kepahitan Menjadi teman diri Ku tempuhi onak duri sendiri di sini
Walau jauh jarak kita Walau rindu dalam rasa Kerana itu takdirnya terbaik buat kita Andai masih ada usia Dan jejakku disana Kerana itu takdirnya Terbaik buat kita.
lagu band diary ni memang aku suka maksudnya (apasal kawan aku ramai tak tahu lagu ni, meningful!).tapi maksudnya bukanlah macam 1st impression korang, maybe korang akan fikir macam, "eh ini macam lagu cintan cintun yang tak kesampaian je" memang tak la bagi aku. tapi lagu ni memang bila aku dengar aku akan teringat kat kawan aku 2 3 orang . pasalanye senang je, Allah tahu ape yang terbaik buat kami.
kena ingat, walau kita belajar samasama, main samasama, berlibur samasama, belum tentu akan datang kita dapat benda yang sama. sebab Allah dah tentukan untuk semua, we just have to work on it.
'Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)' (Al-Qamar, ayat 49)
walaupun aku tercampak kat sini, selepas brainwash diri sendiri, aku tahu yang Allah s.w.t letak aku kat sini ade sebabnya, mungkin hanya Dia yang tahu. Alhamdulillah, paling tidak, aku dah dibenarkan untuk berdikari. (sekarang aku pegang i.c aku sendiri beb, dulu samapi zaman matrik, mak aku yang pegang). dan yang penting bila dicampak di bumi terengganu ni dengan environment budakbudak genius yang aku rasa diri aku kecil macam e.coli ni, aku jumpa satu lagi 'sudut' kehidupan. walaupun sebelum ni aku dah jumpa macammacam jenis, tapi TRUST ME!, sudut ni lah yang paling tenang. aku rasa korang sendiri boleh tafsirkan ape. kalau takleh faham gak, bagitahu, nanti aku buat entry khas untuk korang faham.
akhir kata, ibarat korang dahaga di padang pasir, datang satu sumber air untuk korang, mesti korang rasa macam tak tahu nak berterima kasih berjutajuta billion lemon kan. macam tu lah aku rasa pada pertolongan ALLAH.
ASSALAMUALAIKUM, bye, goodnight.
