| i think i need her NOW.seriously |
saya rasa (ceh 'saya') mungkin benda sama berlaku pada exam kan..bila kita takleh jawab exam dengan SEMPURNA, mulalah kita marah penggubal soalan la, konon nak kenakan kita, atau salahkan spot soalan lah yang 90% tak betul, etc. well, aku memang dari zaman sekolah paling pantang orang bagi soalan spot ke ape, aku rasa serabutjust yang paling banyak di spot tu la aku bagi faham,tapi tak ada la study based on spot tu je.oh, dah lari pulak dari tujuan sebenar.
ok, ini analisis aku kenapa dalam exam kita tak perform bagus . (oleh kerana malas aku tulis tangan cukup la ye, nama pun belog tulisan tangan)
| klik gambar tersebut untuk tumbesaran maksimum |
kenapa anda belajar dalam bidang yang anda belajar sekarang?
"seeloknya, bila kita belajar, niat kita adalah untuk nak dapat ilmu tu, nakkan ilmu tu, bukan sebab nak jadi populer ke,sebab nak nanti gaji banyak ke,sebab bila kita nakkan sesuatu tu, kita akan lagi bersungguhsungguh masa menerimanya" *tak faham takpe lahh T.T
jadi betulah katakata ramai senior, 'betulkan niat' ade jugak yang cakap "minat boleh dipupuk" ape yang aku boleh tafsir kat sini, macam aku, minat aku tak la 100% dalam bidang yang aku ceburi sekarang. tapi kalau niat aku belajar ni sebab aku nakkan ilmu perubatan tu, bukannya sebab lain, mungkin masa akan datang aku akan minat profession tersebut. jadi kemungkinan besar exam ni akan kantoiiii berketulketul. aku sendiri kena betulkan niat aku.yang penting LILLAHITA'ALA. kalau DIA izinkan, apa pun tak mustahil, insyaAllah.
p/s: janganlah menganggap aku berbangga pulak ke ape, bahaya kalau riak ni, takut aku. cuma aku nak berkongsi yang kita kena betulkan niat kita kalau nak sesuatu tu berjalan smoothly.
akhir kata
daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Khattab r.a, beliau berkata: aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasulnya. barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seseorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
ASSALAMUALAIKUM AWAK SEMUA :)
semoga berjaya di dunia dan akhirat kelak.
**p/s kedua: terima kasih hamba Allah yang sudi memberi nasihat dan pandangan,budi yang baik dikenang jua, insyaAllah.