boleh kasi thumbs up tak?

Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Wednesday, October 26, 2011

NIAT

[=,='] maksudnya setelah interpret sendiri ialah longlai.wyh??? why ijat? why nia? jangan banyak tanya, nak baca duduk diamdiam lah.

i think i need her NOW.seriously
dulu kawan aku selalu cakap kalau doa kita tak dimakbulkan Allah s.w.t tu mungkin ad silapnya di belakang, contohnya macam ibadah kita tak diterima, macam solat.maybe solat kita tak sempurna, tak khusyuk, kenapa tak khusyuk? mungkin ada silap kat belakangnya lagi, contohnya kata sahabat tu, cek balik betul ke cara kita berwuduk,bersih ke kita dari najis sebelum berwuduk,. nampak tak, perkara yang kita anggap kecik camtu pun boleh bawakeffect yang BESARRRRR kan.

saya rasa (ceh 'saya') mungkin benda sama berlaku pada exam kan..bila kita takleh jawab exam dengan SEMPURNA, mulalah kita marah penggubal soalan la, konon nak kenakan kita, atau salahkan spot soalan lah yang 90% tak betul, etc. well, aku memang dari zaman sekolah paling pantang orang bagi soalan spot ke ape, aku rasa serabutjust yang paling banyak di spot tu la aku bagi faham,tapi tak ada la study based on spot tu je.oh, dah lari pulak dari tujuan sebenar.

ok, ini analisis aku kenapa dalam exam  kita tak perform bagus . (oleh kerana malas aku tulis tangan cukup la ye, nama pun belog tulisan tangan)
klik gambar tersebut untuk tumbesaran maksimum

kenapa anda belajar dalam bidang yang anda belajar sekarang?

"seeloknya, bila kita belajar, niat kita adalah untuk nak dapat ilmu tu, nakkan ilmu tu, bukan sebab nak jadi populer ke,sebab nak nanti gaji banyak ke,sebab bila kita nakkan sesuatu tu, kita akan lagi bersungguhsungguh masa menerimanya" *tak faham takpe lahh T.T

jadi betulah katakata ramai senior, 'betulkan niat' ade jugak yang cakap "minat boleh dipupuk" ape yang aku boleh tafsir kat sini, macam aku, minat aku tak la 100% dalam bidang yang aku ceburi sekarang. tapi kalau niat aku belajar ni sebab aku nakkan ilmu perubatan tu, bukannya sebab lain, mungkin masa akan datang aku akan minat profession tersebut. jadi kemungkinan besar exam ni akan kantoiiii berketulketul. aku sendiri kena betulkan niat aku.yang penting LILLAHITA'ALA. kalau DIA izinkan, apa pun tak mustahil, insyaAllah.

p/s: janganlah menganggap aku berbangga pulak ke ape, bahaya kalau riak ni, takut aku. cuma aku nak berkongsi yang kita kena betulkan niat kita kalau nak sesuatu tu berjalan smoothly.

akhir kata

daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Khattab r.a, beliau berkata: aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
     bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasulnya. barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seseorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.  

ASSALAMUALAIKUM AWAK SEMUA :)
semoga berjaya di dunia dan akhirat kelak.

**p/s kedua: terima kasih hamba Allah yang sudi memberi nasihat dan pandangan,budi yang baik dikenang jua, insyaAllah.


Tuesday, October 25, 2011

segmen auni : exam oooh exam

cik auni kita ni macam tahutahu je aku baru lepas exam kan. jadi aku nampak segmen ni cam best je sebab sebelum ni asyik segmen tambah follower,blablabla..lets join lah segmen auni ni, bukan susah pun. dye tak suruh bagitau result pun..
siapesiape yang nak join segmen auni ni klik banner diatas, tq :)


ok, untuk join segmen ni auni suruh kita jawab soalan yang memang paling menguji minda tahap ultraseven punya. jap ambil masa nak fikir jawapan :D


soalansoalannya bebunyi begini (saya sertakan jawapan saya sekali)

BILA TAHUN ANDA MENDUDUKI EXAM UPSR ?  2004
   BILA TAHUN ANDA MENDUDUKI EXAM PMR ?   2007
   BILA TAHUN ANDA MENDUDUKI EXAM SPM ?   2009

kan menguji minda tu. haha. saya dah join, anda bila lagi????
semoga dengan segmen ni bloggers akan lebih erat since dah tahu sedikit sebanyak tentang blogger lain kan.

kebetulan saya ada sesuatu nak share tentang hal berkaitan exam juga lah.kalau nak tahu, baca next entry ok. :)

p/s: tengok banner atas, teringat pulak time exam tadi tak hitamkan betulbetul jawapan.haishh melayanglah markah~

ASSALAMUALAIKUM 


Thursday, October 20, 2011

tanggungjawab


tanggungjawab pada Allah s.w.t : kita sebagai khalifah di muka bumi Allah yang sementara ni, jangan nak enjoy sangat cari bekal untuk dunia yang kekal nanti..


tanggungjawab pada agama : apa yang boleh kita buat untuk Islam selama kita hidup ni. bukan ayat bajet                                       bagus contohnya, "ape yang aku dapat kalau aku buat ini, buat itu,etc" sebagai contoh la


tanggungjawab pada keluarga : ibubapa. adikadik, atok nenek. tanggungjawab kita untuk jage diorang (terutama mak ayah), bukan tanggungjawab 'rumah orangorang tua' ye.


tanggungjawab terhadap diri sendiri : untuk masa ini, tanggungjawab terhadap diri adalah, 'offline cepat, tutup semua game, sign out, PEERGI STUDY LAH PANDAI!' *padanmuka kena marah dengan diri sendiri.

ASSALAMUALAIKUM :)

Sunday, July 17, 2011

ARE YOU READY?

MASE KECIKKECIK

abah : nia nanti dah besar nak jadi ape
aku   : nak jadi doktor~

padahal mase tu aku tak tahu pun ape gunanya aku jadi doktor, macamana belajar, yang aku tahu coz orang slalu cakap mase aku kecik dulu "kalau jadi doktor nanti hidup senang"

ZAMAN SEKOLAH

sekejap turun sekejap naik. so aku tak letakkan doktor sebagai matlamat utama aku. aku suka lukis tambahtambah geometrik punye lukisan.notes bio pown aku lagi prefer lukis kalau ada ape2 lukisan kne lukis daripada potostettt..(ntah paham ke tak korang ni ntah). walaupun masuk sains tulen, teacher Mageswari yang ajar aku add math tu cakap., "takpe, you masih boleh pilih untuk architecture untuk sambung belajar nanti, masih belum terlambat" hoyehh, tak siasia jari aku panjang~ (ada kene mengena ke??)

time sekolah menengah aku mula menyedari yang kalau jadi dokor tu, macam tak ada life.mase tu aku fikir, kalaula aku yang playfull ni ambik kos medic, gila lah aku nanti~KOT

ZAMAN MATRIKULASI


  • Puan zurina : izzati, awak nak jadi doktor ke nanti
          aku  : hehehe.ntahla puan.tak tahu lagi, sy minat dietetik gak

setelah terhalang niat melukis atas sebab peribadi, aku akui la memang kalau dalam bidang sains aku minat bidang dietetik..


  • lagi kata pensyarah bio kesayangan aku, 'jadi doktor ni macam tak ada life awak tahu tak, awak dah ready ke??' aku telan ayo liur je mase tu sambil sengih sinis (muka aku memang slalu menSINISkan orang~)
kawankawan pulak:

  • "ijat, kau nak amek medic ke pas matrik ni?", haha, gila kau ayee, aku fikir banyak kali dulu kowt, aku nak ada life jugak.
  • "ijat aku rase ko ambik medic la, at least ade la sorang kawan aku jadi doktor" hai fatihah,tingginya harapanmu kat aku!!! kalau amek medic tu senang macam makan cekelat NIPS dalam lecture hall, ataw semudah conteng buku mase boringboring, memang aku tak kisah laa.
  • 'ijat kau memang minat na amek medic ke?' haih tak tahu lah lagi amal weh.aku bukan otak macam kau,duduk denga je smua boleh masuk.hih
  • "tapi ijat aku rase kalau kau amek medic nanti mesti kau tak macam ni dah, i mean.." ye aku tahu, takla main je macam skarang kan.mesti serius lak,ataw skema,nerd?whateva~aku pun rase macam tu ayee
  • "ijat aku rase kau sesuai laa amek medic" huuu Mimi powng, janganlah berkata begini padaku.takk rela.
tapi abah~

  • "abah ingat nak kamu masuk bidangbidang perubatan ke, nanti abah n mama sakit ke, tak lah susah, kamu ada" (dengan nada yang sangat kebapaan)
abah, you really know how to make me feel guilty hence melt my heart with your innocent words, tambahtambah lagi perkataan 'mama' tu..thank you abah, i'll try to fulfill yor dreams T.T . i'm an obedient daughter anyway. (ceh perasan) jadi hidup doktor bukanlah senang pown,ape ade pun pada kekayaan dunia.
takpetakpe,jangan tunjuk sangat emo tu, cool beb.


Allah itu MAHA MENGETAHUI dan Dia yang tahu apa yang terbaik untuk hambanya, walaupun kita mulamula rasa takbest dengan apa yang kita dapat..


makcik aku pepagi buta aku tak bangun tido lagi dah call tanye dapat mane, aku pun cakap "pukul 12 baru klua result, makchor" ok jadi ni ha laa.seronok??tak jugak~kehkehkeh.


  • ijat kat unisza tu macam uia kau tahu tak,dye more on islamic siket, tak boleh lah kau pakai seksi2 nanti.
  • boleh ke ke kau tahan kat unisza tu jat,? 
  • aku tengok bas dye pown macam bas sekolah agama.


gitu pulok.takpe2 kawankawan, saya g sane bukan nak jadi model catwalk,aku try sesuaikan diri kat sana, insyaAllah boleh, macamane aku cube sesuaikan diri dengan korang dulu,.
ok dah panjang membebel~

p/s : diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa baginda S.A.W pernah bersabda,"siapa yang mempelajari ilmu selain mencari redha Allah, dan mempelajarinya bertujuan untuk habuan dan ganjaran dunia maka tidaklah dia dapat (diharamkan) mencium bau syurga.  [hadis Sahih,Riwayat Abu Daud no.3179]


semoga mendapat kaf ba ra kaf alif ta nun: KEBERKATAN :)

okBYE.assalamualaikum..