boleh kasi thumbs up tak?

Tuesday, October 11, 2011

tundukKEtanah

assalamualaikum. aku teringin nak mengarang ayatayat yang menyejukkan hati macam zahiril adzim dan pemilik lensa. malangnya sense of writing aku ni tak lah superb. budak hingusan biasa lah~ citer siket pasal dua bloggers diatas, aku memang suka lah sebab konsep mereka sama,macam berpesan kepada manusia melalui apa yang mereka dah alami, sedikit sebanyak, siapa yang membaca akan berfikir, cuma cara penyampaian lain sikit. blogwalkers yang tersesat kat sini, g lah ushausha blog dua orang ni, korang akan dapat sesuatu dari mereka berdua. mungkin sebab mereka mengamalkan prinsip padi kot, tapi tu tafsiran aku sebagai pembaca la, kalau salah maaf ye.

ok NEXXTTTTT.


one of the divine creation, itik peking.
cantik kan, bulu putih bersih, banyak manfaat dari daging sampai lah ke reproduction haiwan ni pun, sangat bagus.
kiranya dalam kalangan itik, dia ni paling KING ke? 
tak tahu lah, nanti aku try tanya dia, itupun kalau itik ni nak jawab.

bukanlah nak bercerita tentang itik ni, cuma bila aku 'berjumpa' dengan itik ni semalam, otak aku terfikir..
itik ini cantik, ALHAMDULILLAH, 
dia berada dalam kelompok itikitik lain, tapi...
kenapa itikitik lain yang berwarna lain, tak duduk sekali dengan itik ni? sedangkan itik ni dekat je dengan itik lain.? sila jawab sendiri.

mungkin situasi ni terjadi juga pada manusia,once kita nampak seseorang yang kacak/cantik, ditambah pula sikacak/sicantik tu ada banyak kelebihan lain contohnya pandai,dan outstanding, mesti kita yang golongan yang rasa diri sendiri ni 'biasabiasa sahaja' akan menjauhkan diri atau tak bergaul sangat dengan 'sikacak/sicantik++' tersebut.sebabnya, mindset tu dah negatif bahawasanya orangorang macam ni sombong dan hanya bergaul dengan golongan setaraf sahaja.

nasihat untuk golongan yang rasa 'biasabiasa sahaja' ni:
  • sila tingkatkan keyakinan anda,sebab Allah s.w.t dah mencipta anda sebaikbaik kejadian,berdoalah       supaya menjadi yang TERBAIK walau dalam ape bidang sekali pun. Allah maha adil, kalau orang lain ada kelebihannya, anda juga mesti ada. jadi carilah X-FACTOR tersebut.
  • dengan sekali pandang sahaja, jangan judge orang tersebut secara negatif, manusia yang suka berfikiran negatif ni mempunyai minda yang kurang sihat, Allah s.w.t bagi kita bukan otak sahaja, tapi AKAL, jadi gunakanlahh akal tersebut dengan sebaiknya dan niat yang betul.


untuk mereka yang rasa diri mereka adalah 'sikacak/sigadis++'
  • bimbinglah rakanrakan anda dengan kelebihan yang anda dapat. lagipun hidup di dunia ni sementara je, semua yang kita ada adalah pinjaman daripada Allah s.w.t, dan kalau kita tak berkongsi dengan orang lain, nescaya semua yang kita ada, tak kira lah ilmu ke, duit ke, akan lenyap dengan sia-sia.



akhir kata:

Imam Abdul Wahab al-Sya’rani : Satu ketika daku mendengar guruku Sayyidi Ali al-Khawwas r.’a berkata:
“Tidak terdapat mana-mana orang berilmu melainkan dia beramal dengan ilmunya selama mana berakal walaupun daripada satu sudut ibadat sahaja. Ini kerana jika dia melaksanakan perintah-perintah syarak dan menjauhi larangan, nescaya dia beramal dengan ilmunya secara yakin jika Allah mengurniakan keikhlasan kepadanya. Sekiranya dia tidak beramal seperti yang telah dinyatakan, lalu dia menyedari dengan ilmunya bahawa dia melanggar perintah Allah lantas bertaubat dan menyesal, nescaya dia telah beramal dengan ilmunya juga. Kerana jika dia tidak berilmu nescaya dia tidak akan menyedari bahawa meninggalkan beramal dengan ilmu ialah maksiat. Oleh itu, ilmu memberi kemanfaatan dalam setiap keadaan. Semua nas yang menyatakan hukuman yang berat bagi mereka yang tidak mengamalkan ilmu disandarkan kepada mereka yang tidak bertaubat.”


dari tanah anda datang, kelak dalam tanah juga kita dikebumikan.

"jangan bandingkan kejayaan kamu dengan orang yang lemah, dan jangan bandingkan kekalahan kamu dengan orang yang kuat"

Assalamualaikum sahabat semua :)

4 comments:

  1. Assalamualaikum wbt..
    mumtaz ya ukhti...
    teruskan menulis entry2 yang byk membawa manusia utk berfikir...

    Teruskan menulis...
    moga ttp istiqamah...
    moga terus bersyukur dgn nikmat yg masih diberikan Allah pada kita..

    Mari menjadi Daie(pendakwah)...moga Allah redha dan permudahkan...amin.insyaAllah...

    ReplyDelete
  2. Lensa: waalaikumussalam wbt. InshaAllah akan terus berkongsi dengan menulis. Allah dah banyak beri peluang pd kita. doakan ye, :) terima kasih..

    ReplyDelete
  3. mereka ada cara sendiri dan Kancil yakin kamu pun ada cara tersendiri...jangan terlalu fikir kehebatan orang lain....cuba tunjuk kehebatan kamu sendiri...insya - Allah orang akan ikut perkembangan blog kamu...

    ReplyDelete
  4. kancil: terima kasih, insyaAllah akan guna cara sendiri.betul jugak, kita takleh bandingkan diri dengan orang yang dah hebat kan. :)

    ReplyDelete