boleh kasi thumbs up tak?

Saturday, August 4, 2012

biar saja si lidah itu



Sesiapa yang tidak pernah membuat kesilapan, tidak pernah mencuba perkara yang baru-Albert Einstein

banyak cerita yang dia nak kongsi dengan aku. satu hari,
"kau tahu tak, hari tu si fulan tu msg aku" aku senyum, SINIS
"apa dia nak"
"dia ajak aku lepak"
"pastu?"
"aku cakapla buat ape aku nak lepak ngan dia asyik aku pandang muka dia dia pandang muka aku, kalau ade kakak dia takpe gak, samasama permpuan ada jugak benda nak cerita, lagipun aku dalam fasa nak berubah"........."lepas tu dia tanya, siapa lagi yang nak berubah?"
sinis lagi aku,sedikit sebanyak aku rasa ayat tu berbunyi sindiran. sinis aku tanda tak ada apa nak dikomen, mahupun backup. yang keluar dari mulut aku hanyalah "aku tak ada masa untuk diorang dah" kalau ada masa lebih pun, baiklah aku memasak, atau ikut duasahabat pergi ke tempat yang lebih banyak faedah.

betul kata si ANON,  bila kita mula melangkah ke arah satu kebaikkan, ada satu cabaran yang akan datang iaitu, cabaran LIDAH MANUSIA, apa ada pada lidah? lidah manusia itu sendiri unik, mana tidaknya, lidah dengan hati kita ada hubungan yang special sikit,lebih special dari hubungan paha kanan dan kiri umpamanya, orag tuatua kata, cubit paha kanan, paha kiri terasa, untuk lidah pulak, bila lidah yang berkatakata, hati yang terasa. apa yang kita boleh buat hanyalah terima dan sabar, oh satu lagi, percaya pada janjiNya, siapa yang beriman padaNya,Dia akan memimpin hati org tersebut.


jawapan yang paling menarik hati aku yang dia bagi bila orang tanya dia "hoi kau puasa tak?" pertama kali aku dengar orang jawab soalan tu denga jawapan "PUASA TU KAN RUKUN ISLAM YANG KETIGA, NAMA PUN RUKUN ISLAM MESTILAH WAJIB, BUAT APA TANYA LAGI" aku senyum sambil dalam hati berkata "good girl"

Jari menari bukan untuk mencaci, mulut berbunyi bukan untuk membenci.
assalamualaikum, selamat sahur :)

2 comments:

  1. tertarik dgn quotes ko....boleh tahan ekkkk....

    "umpamanya, orag tuatua kata, cubit paha kanan, paha kiri terasa, untuk lidah pulak, bila lidah yang berkatakata, hati yang terasa"

    "Jari menari bukan untuk mencaci, mulut berbunyi bukan untuk membenci."

    jawapan mcm tu membawa 1001 makna keinsafan....hahahaha....jawapan yang berilmu & bermanfaat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahhaaa, guna idea commentor gak sikit2, kadang2 ada yang tersalah tafsir,.
      sebagai budak baru belajar, aku ni belum cukup ilmu di dada lagi,.
      selamat hari raya, ampun maaf andai terkasar bahasa. :)

      Delete