boleh kasi thumbs up tak?

Saturday, May 5, 2012

Teruk itu Aku



Alhamdulillah buat kesekian kali aku merasakan diri ini teruk. kenapa Alhamdulillah? kerana setidak-tidaknya aku dikurniakan perasaan yang normal.
"study la, kenapa awak taknak study ha? awak ni tak macam senior awak tau, senior awak tu rajinrajin, kalu diorang discuss tu macam doktor sungguh, tak fahamlah kenapa awak ni taknak study, benda ni penting masuk exam"
"saya tengah google la ni tenta.."
"NAH AMEK BUKU NI PEGI STUDY SANA, KENAPA AWAK TAK STUDY HA?!"
perasaan aku macam kena tampar 10 kali dengan frying pan. dan pertama kalinya di tempat tersebut, iaitu Universiti aku, lidah aku kelu tak dapat menjawab, fikiran aku kosong, sebaliknya aku sendiri tanya diri aku "kenapa aku tak study?" lame jugak aku cuba nak jawab soalan tu. tapi hampa.
kadang kadang terasa diri ni macam paku yang hanya tunggu hammer untuk ketuk barulah reti nak berfungsi.
teringat pulak masa kat matrik  dulu, subject Maths bila kena sindir "kalau tak reti buat berhenti la matrik, pergi terjun tingkap" bila kena camtu, barula aku nampak maths tu, sampaikan sekarang aku memerlukan bukuu maths yang bagi aku berfungsi sebagai exercise untuk otak.

sebenarnya bukan kisah silam ni yang aku nak ceritakan, yang aku nak cakap ialah, tanggungjawab tehadap diri sendiri. If u want to be an athlete, put sports in your days, the same goes to this field, if u want to be a doctor, u deserve to sleep for at most 4 hours mase hari kuliah (aku tido lebih dari tu).Jangan merungut la..
bercakap tentang hal yang kena sound tadi, lepas kena sound tu, aku rasa macam baru bangun dari mimpi. aku nak cakap kat orang yang marah tu camni sebenarnya "saya pun tak tahu kenapa dari dulu saya malas belajar, saya tak tahu kenapa saya tak suka hafal, saya tak tahu kenapa saya tak boleh kalau tak main mase blajar, saya tak tahu kenapa saya asyik tidur dalam kelas" ayat 'saya tak tahu' tu la yang membuatkan aku jadi tak ambil kisah. Malunya pada diri sendiri yang dah dikurniakan akal tapi masih tak reti cara bersyukur.

boleh tak sesiapa tampar muka aku sambil cakap "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri!"

kalau kita dah tahu kita ada dalam satu lubang hitam yang kotor, daripada merungut tentang kegelapan dan kesempitang lubang tersebut, kenapa tak kita cuba usaha keluar dari lubang tu.kalau tak reti kita belajar. ini motivasi terhadap diri sendiri jugak sebab slalu berfikian camni tambahtambah bila tension, aku g baca komik, sedangkan al-quran tu pengubat hati. sedihnya.

kalau kawan kita cakap "sampai hati kau tak tegur aku semalam", kita akan rasa  serba salah, minta maaf dan layan kawan tu elok-elok.
kalau tumbuhtumbuhan dan haiwan yang sentiasa berzikir pada Allah cakap "sampai hati kau tak ingat kat Allah", mesti masa kita tak siasia..
kalau Al-Quran boleh cakap "sampai hati kau tak baca dan faham aku", mesti kita MENANGIS.


p/s: sebenarnya aku kecik hati kalau kawan aku cakap "kau ni study main2 tapi nanti exam ok" sebab aku rasa macam nampak jelas keterukan aku.. sorry

Assalamualaikum


5 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Lebih sakit hati jika ada mulut-mulut yang kata, "Layakkah dia lulus. Nampak sentiasa main je. Orang lain yang patut lulus, tapi dia pulak"

    ---------> Seolah-olah kita ni ta lyak untuk dpt status lulus.

    Sesungguhnya semuanya rezeki Allah. Allah kurniakan rezeki sebenarnya umtuk uji keimanan kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.
      sesungguhnya kejayaan seseoranng tu bagi saya bukannya datang dari usaha sematamata tetapi dari keredhaan Allah. semoga kita dijauhkan dari istidraj :)

      Delete
  2. hurm, mmg asyik rasa malas je nak study kan(normal physiology la kowt)...xpe kuatkan semangat ye...hari2 kita improve slowly la...InsyaALLAH, dpt implant sifat rajin tuh dgn kesedaran yg dah mula berputik...

    aku pun malas jugak, so aku,
    1. tgk org yg lbh rajin & hebat (sbgai booster) supaya tak ketinggalan...
    2. wat study group (sbb malas nak baca buku)...so, knowledge tak terbatas pd lec note je sbb dah agih tugas...

    hehe, sory syok sendiri plop...tapi mana tahu la ko blh amik sumting kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) malas tu normal tapi rajin tu bukannya tak normal kan.. insyaAllah, baguslah saling bantu membantu dengan study group camtu.. (nak praktik yang num 1 tu, insyaAllah, sebabnya rasa tercabar bila dibandingkan dengan senior, senior year berapa? rahsia...)

      Delete
  3. Mari menjadi malas untuk malas...

    ReplyDelete