boleh kasi thumbs up tak?

Saturday, May 5, 2012

kami bercakap tentang lelaki

Assalamualaikum :)

minta maaf sebab kali ni aku nak cerita bulat-bulat tentang ape yang aku bualkan dengan insan yang aku panggil 'ibu' , sebenarnye aku dedikasi khas entry ni untuk kaum wanita terutama sahabat yang sedang bersedih hati 2-3 hari lalu, ditakdirkan lepas aku dapat katakata semangat dari ibu, malam tu, seorang sahabat yang dirahsiakan jantinanya telah meluahkan kekecikkan hatinya atas seseorang yang dia harapkan. 

TANGAN=diri pemilik entry
"macamana dengan boyfriend TANGAN?" terasa diri diketuk dengan tukul besi, sebab seingat aku, aku takde ape yang disoalkan, "ish bu, saya mane ade, taknak fikirlah bendabenda ni" 

"tu la ibu cakap, boyriend tu maksud dia ape? kawan lelaki, boyfriend ni terbahagi kepada dua, satu yang biasabiasa, lagi sati yang special", kan dah terkena, lainkali fahamkan maksud perkataan, kata Ain "padan muka kau, ibu lagi pandai english dari kita kau ingat ape,ibu dah lame makan garam tau." aku hanya mampu senyum sinis.

analogi yang ibu bagi yang aku sangat simpan dalam kepala ialah tentang batu. katanya,

"kita nak cari lelaki ni jangan cari yang macam rolling stone, rolling stone tahu tak ape? batu yang bergolek. batu yang bergolek ni dia tak lekat lumut" ok, aku tak faham. 

maksud ibu camni, batu tersebut adalah lelaki itu sendiri, dan lumut pulak adalah wanita. 
rolling stone yang ibu maksudkan ialah, lelaki yang jumpa banyak wanita, berkenalan dan berhubungan tapi tak ade yang dia nak jadikan isteri pun. jadi kata ibu, carilah lelaki yang sifatnya ialah batu yang duduk setempat, walaupun hitam batu tu, tapi berkualiti.



yang kedua kata ibu, "jangan hundred percent percaya kat lelaki sebabnya hati lelaki ni senang berubah-ubah, dia boleh makan dengan kita hari ni, esok kita tengok dia makan dengan orang lain, hari ni dia mesej kita, lepas tu sebulan lebih dia tak mesej lepas tu tetiba muncul, sebabtu Allah benarkan lelaki ni bernikah sampai empat, sebab kita tak tahu ape yang ada dalam hati lelaki, jadi jangan heran la kalau hari ni dia ok dengan kita cakapcakap, esok dia rapat dengan orang lain pulak. (sebenarnya ibu ada bagitau satu hal tentang hal ni, tapi aku tak dapat nak search, jadi sila maafkan, insyaAllah kalau terjumpa, akan diletak balik)

"kalau dia nak kat kita, kita jangan terus terima, kita siasat pulak dia nak kat kita sebab apa? sebab rupa kita ke, sebab duit kita ke, kalau dia nak sebab rupa kita ke ape ke tak payah, kalau dia nak sebab agama kita takpe, bagi nombor telefon ayah kita suruh dia cakap sendiri, lepas tu kita siasat tengok agama dia macamana, tapi takkanlah kita nak suruh dia baca al-fatihah depan kita"

dan yang aku tengok masalahnye sekarang pulak ialah, kaum hawa ni senang bagi hati,. "kita nak kawan dengan siapa-siapa kawan la, kalau ada kawan datang cerita masalah, dengar la, ape boleh tolong, tolong la, tapi jangan bagi hati kat orang tu, kalu kat semua orang kita nak bagi hati dah tu kita takde hati la nanti, contohnya kalau DOKTOR, pesakit datang cerita masalah, kalau sehari 100 pesakit takkan kat semua pesakit tu kita nak bagi hati?" sebab tu la wanita ni lemah, sebab murah hati sangat.

"kecik hati, makan hati, sakit hati tu takpe lagi, yang teruknya bila KECEWA" perkara yang melibatkan hati tapi tak memaparkan perkataan 'hati' didalamnya.


 "prinsip dan iman yang istiqamah dan kuat sahaja boleh menepis dugaan dari sang LELAKI" 
-siDia-


MARI MENJADI AHLI FIKIR, MARI MENJAGA HATI :)

buat sahabat: be strong.

p/s: aku rasa aku nak praktikkan tentang bacaan al-fatihah tu, mungkin bukan al-fatihah sahaja.?? 

TRIMASS FOR READING :)




2 comments:

  1. hurm, speechless sekejap bila berbicara tentang sikap lelaki ni...tak mampu tuk dinafikan kebenarannya....

    hurm, past yang test Al-fatihah tu nampak mcm pelik, tapi boleh digunapakai kowt...nanti habis segala taranum keluar....hahaha

    ReplyDelete
  2. extra mark la kalau pandai bertarannum tu, tapi ade yang penting tentang al-fatihah iaitu, pen ghayatan maksud.. :D

    ReplyDelete