boleh kasi thumbs up tak?

Friday, April 20, 2012

kenapa nak jadi api kalau boleh jadi tanah?

Assalamu'alaikum. masa aku duduk kat kelantan dulu, sorang makcik ni cakap "hari jumaat tu hari raya kecil" jadi, selamat menyambut hari jumaat.

bila rasa sesuatu perkara itu tak lagi relevan atau rasional, elok lah berfikir dua tiga empat kali untuk perkara tersebut. aku ni cuma seorang hingusan yang makannya tertumpah tumpah, jalannya terjatuhjatuh,.

kalau ade sahabat datang kat korang bagitahu camni: (contohnye)
 "AWAK, si BELIAU cakap, AWAK  hari tu pinjam magic pen dia, tak kasi balik, BELIAU dah kecoh la"

kalau dilihat macam hal kecik je kan, kalau aku pun pasal magic pen aku rasa very small the matter.

tapi orang yang fikiran dye kreatif sikit ni, diorang akan fikir mendalam lagi. selalu kita cakap, "think out of the box" tapi ada orang yang fikir "think into the box" daripada berfikir untuk menyelesaikan masalah, dia fikir untuk mendalamkan lagi masalah tersebut, contohnye, berkaitan dialog di atas:

[API]
si AWAK boleh berfikir baik dan buruk:
"ek eleh si BELIAU ni, yang dia tu pinjam barang aku tahun lepas tak kasi2 balik tu tak fikir pulak"
" yang si BELIAU tu nak suruh orang lain datang mintak ni asal pulak, tak puas hati ni"


dan sebagainya. akibatnya, at last memang la si AWAK ni tadi akan bagi balik barang si BELIAU, mungkin jugak tak ada katakata maaf dan mungkin terdapatnya sindiran, lepas tu wujud pulak geng geng, dan tak kawan, tak kawan. (jangan cakap benda benda camni tak penah jadi kat korang, paling tidak pun zaman tadika, ZAMAN TADIKA) silalah malu sekiranya perkara camni terjadi masa korang berada di alam universiti.!

[TANAH]
sebenarnye boleh je si AWAK g jumpa si BELIAU , mintak maaf, pulangkan balik, dan ini akan menjadi baik dengan raut wajah yang manis dan rasa bersalah antara satu sama lain, barulah ada GIVE AND TAKE. kalau korang bertindak cenggini, memang aku cop perkataan 'PROFESIONAL' kat muka korang.



KENAPA AKU GUNAKAN ELEMEN API DAN TANAH, BUKAN API DAN AIR?


tentang api aku rasa semua orang tahu konsepnya, kita simbah minyak tanah ia bertambah besar, kalau simbah air yang banyak barulah terpadam, atau gunakan pemadam api jenis ABC. 

jom kita tengok antara tanah dan air.

kalau kita letakkan TANAH dan AIR dalam 2 periuk yang berasingan.lepas tu kita letakkan periuk2 tersebut atas api selama satu jam!

lepas satu jam, periuk yang berisi tanah tu masih kekal tanahnya, periuk yang tadinya ada air, dah kering airnya, kalau ada pun sudah berkurang kuantitinya.

apa yang aku cuba sampaikan kat sini ialah, tanah ni sebenarnya sifat dia apa yang aku boleh nampak adalah boleh dipengaruhi tapi susah nak terjejas. air pula senang dipengaruhu dan senang terjejas.

kalau tanah ni, bagi aku la, contohnya seseoang tu, bila dia marah, dia tahu macamana nak menyelesaikan kemarahan dia tu tanpa menyebabkan diri dia dan orang lain bertambah susah. pada masa yang sama bagi manfaat pada orang lain.

kalau si air ni, bila dia marah, tindakan dia tu susah nak rasional, sebaliknya akan bawak ke masalah lain pulak, dan kadang kadang menyusahkan banyak pihak.

tapi tanah perlukan air jugak untuk hidup. sedangkan dalam al-quran sendiri ada menyatakan tentang elemen elemen ni. 

"berkatalah rakannya kepadanya, semasa ia berbincang dengannya: "Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian Ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki?" " (Al Kahfi: 37)


p/s: aku nak tukar url blog menjelang pukul 3.30 petang ni sebabkan aku rasa 'niacakap' tu tak lagi relevan dan aku takut ter datang niat lain dengan url sebegitu rupa sebab ada mention nama aku kat situ. sekian wassalam.  done
p/s/s: ada orang cakap blog saya ni susah nak faham, wajarlah kalau macam tu sebabnya 'belogtulisantangan' maknanya tulisan tangan saya sendiri, buka saya kopiket dari orang lain, dan kalau korang tengok tulisan betul saya pun memang cakar ayam sampai 2-3 lecturer warning masa kat matrik dulu. sekian terima kasih




1 comment:

  1. Hanya yg faham je boleh faham. :)
    saya nak jadi air. tambah 'peng' sikit..

    ReplyDelete