boleh kasi thumbs up tak?

Thursday, March 29, 2012

kita 'boleh' menyampaikan aib seseorang.


Assalamualaikum,hai.


setelah beberapa sahabat yang cool lagi kiutmiut menggesa aku membuat entry baru, aku try la search topiktopik yang selalu kita nampak tapi kita tak perasan,sudah tentu bukan topik runningman takjadi datang Malaysia atau sebagainya.


sebagai manusia yang kurang berilmu, aku baru tahu ruparupanya kita dibenarkan membuka aib seseorang itu, tapi dengan tujuan tertentu lah. sebabnya macam ni, manusia ni dikatakan terdiri daripada dua jenis:


1. orang yang tertutup keadaannya, maknanya orang yang memang semua orang tahu dia ni takpernah buat maksiat, atau dikira sebagai orang orang yang beriman. sekiranya tibatiba beliau melakukan perkara yang taksedap mata memandang, samaada secara sengaja atau tidak dia lakukan benda tersebut, HARAM kita ceritakan pada orang lain sebab itu dikira menjelekkan orang yang beriman.


"Surely as for those who love to see scandal spread among the believers, they will have a painful torment in this world and Hereafter. And Allah knows and you know not."
(An-Nur:19)


2. orang yang terkenal dengan kelakuannya yang sukakan maksiat  dengan terang-terangan, tanpa malu-malu, tidak peduli dengan pandangan dan ucapan orang lain. dikatakan orang cenggini kalau kita bercakap tentangnya bukanlah ghibah/mengumpat dengan tujuan supaya orang lain berhatihati dan mengambil iktibar. sebabnya orang begini kalau ditutup keburukannya dia akan jadi semakin berani melakukan sesuatu ketidakbaikan, dan jugak ajak orang buat perkara tak elok.


“Siapa yang melepaskan dari seorang mukmin satu kesusahan yang sangat dari kesusahan dunia niscaya Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan di hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan niscaya Allah akan memudahkannya di dunia dan nanti di akhirat. Siapa yang menutup aib seorang muslim niscaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu menolong saudaranya….”
(HR. Muslim no. 2699)


tapi ini tak bermaksud kita boleh membuat page di facebook untuk memperkenalkan si fulan ni, atau buat video di youtube memaparkan segala kisahkisah perilaku tak elok orang tu. maksudnya kat sini ape yang kita boleh buat adalah, kalau kenalan tu suka curik pensel korang ke, korang bagitau la mak/ayah dia supaya mak ayah dia boleh  mendidik anak diorang, dan kes lain pulak kalau korang tahu seorang suami/isteri ni selingkuh, tak guna lah korang berkumpul ramairamai untuk menghentam beliau sebaliknya bagitau kat pasangan diorang supaya tak further memudaratkan keadaan.


 orang yang suka mencari-cari kesalahan orang lain untuk dikupas dan dibicarakan di hadapan manusia, Allah Subhanahu wa Ta’ala akan membalasnya dengan membongkar aibnya walaupun ia berada di dalam rumahnya.



Diantara kezaliman dan kebodohan manusia terhadap dirinya sendiri adalah ia membuka aibnya padahal sebelumnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menutupnya. 

"kita takkan dapat apaapa kalau semua orang suka kita tapi Allah benci kita, dan kita takkan rugi apaapa kalau semua orang taksuka kita tapi Allah sayang kita"

sejujurnya lepas entry kisah siDia aku jadi hilang sedikit rasa untuk memblog disebabkan ketakutan dengan ejen syaitan. lemahnya diri ni.


aku dah pernah cakap dulu, "kita tulis benda baik tak semestinya kita baik, tapi paling tidak kita usaha tak buat jahat, yang penting kita ada niat untuk ke arah kebaikan"

rujukan 1 rujukan 2

p/s: kalau ada apaapa kesalahan pada entry ini, mohon ditegur :)

GLOBAL MARCH TO JERUSALEM. marilah samasama

4 comments:

  1. kat kelas kita ada 2 org (stkt ni yg aku perati la), sorg laki, sorg pempuan. kalau kita tgk diorg, walau mcm mana pn shbt lain buat salah, diorg tetap senyumm jer, langsung tak balas apa2 n cakap apa2. {my secret admires, admire akhlak diorg}
    semoga sama2 boleh kita contohi. :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih.. perkongsian ilmu yg sgt baik :)

    ReplyDelete
  3. tita : rahsia!!

    Mr.Doctor : sama2 :D

    Apih,: thankyou very muchy :)

    ReplyDelete