boleh kasi thumbs up tak?

Friday, January 13, 2012

entry untuk ibu, rindu untuk mama,kasih untuk abah, dan nasihat untuk kekuatan

ibu dan mama adalah individu yang berbeza, tapi ada perkara yang sama dari segi apa yang mereka hadapi. walau ibu aku baru kenal dalam 3 tahun ++, tapi kadangkadang ada benda yang aku akan terlintas dalam fikiran: "ibu, i need you" walau aku dah dapat agak apa nasihat yang dia akan bagi.

mama is more than a mother, she's my bestfriend, masterchef of the house, pengkritik masakan aku, dan narrator yang baik. 

untuk ibu..
ibu, saya hampir dapat mencari punca masalah saya. 
apa yang ibu bagitahu dulu, saya dah pun lakukan. tapi masih bermasalah..mungkin macam yang ibu pernah cakap, hubungan kita dengan Allah..
ibu, satu hari, datang seorang 'beliau' bercakap dengan saya di sekolah.. belum habis 'beliau' bercakap, saya menangis.
satu hari yang lain pula, datang sahabat pada saya, dalam saya cuba melawan cabaran yang lain,mulanya rasa dibuli oleh dia, tapi kemudian saya menangis,kerana marah dengan diri yang semakin 'manja'.
ibu, 'aku' ini terlalu manja. sehingga lupa yang di sini, tiada lagi mama yang buatkan sarapan.
tiada lagi abahh yang kejutkan bangun,mandikan, dan pakaikan baju spertimana 14-15 tahun dulu. 
tiada lagi abang yang boleh diajak bermain masked rider,ultraman, layanglayang..
tiada lagi kakak yang tolong siapkan kerja rumah yang cikgu bagi bila si 'aku' mengantuk setelah bermain sehari suntuk.
tak ada lagi adik yang boleh teman pergi ke kedai,.
tapi sendiri, kena fikir sendiri tentang semua tu, dan harapkan bantuan dari YANG KEKAL.
banyak perkara yang saya dan ain sumayyah belajar dari ibu,.


oleh kerana tak ada yang nak bermain dengan aku, aku rasa, mungkin layanglayang ni akan terbang ke perak.mungkin~
buat mama,bila nia bercakap dengan mama, nia tak pernah nak cakap nia 'letih' kat sini, tak pernah menangis sebab nia nak dengar mama gelak, gembira, sebab itu dah cukup untuk mengurangkan KELETIHAN nia :)
as for abah, kalau aku bersembang dengan dia, it will always be a serious conversation, i dont know why. abah masih layan aku as if aku masih kecil tapi dia bagi aku peluang untuk berdikari.




sekarang : sudah selalu menjamu minda, cari kelainan, tapi kali ni bukan komik.. 

pesanan Dr. Adrian: kena rajin sikit.

p/s : aku tak cerita banyak pasal family sebab bagi aku diorang istimewa. kesempurnaan milik Dia.


keluarkan air warna hitam dari botol kaca, letakkan air jernih kedalamnya. ada berani?

ASSALAMUALAIKUM :)

0 comments:

Post a Comment