boleh kasi thumbs up tak?

Monday, December 19, 2011

limited edition.

ASSALAMUALAIKUM :)


kalau ditanya, anda nak hadiah anda diberi macamana? mesti ramai yang jawab, nak di balut  dan orang lain takleh tahu ada apa dalam kotak hadiah tu, surprise nye hanya penerima hadiah je tahu dan happy dengan kehadiran hadiah tu. dan as the present was given to you, mestilah kalau boleh anda taknak ade orang lain yang ambil hadiah tu dan mesti anda akan jaga sebaik mungkin, walaupun hadiah tu mungkin bagi orang lain macam biasa je, takde la special sangat, tapi sentimental value tu hanya anda yang tahu.betul takkk??


istimewanya sebuah hadiah tu kan. :)

teringat pada nasihat, atau lagi senang dikatakan sebagai perumpamaan yang aku belajar dari seseorag yang aku panggil 'ibu' walaupun bukanlah ibu kandung aku. PEREMPUAN ITU MACAM HADIAH. kalau nak bagi hadiah kat orang, takkan korang nak kasi hadiah tu 'bogel' je kan. macam tak sopan dan tak hormat penerima hadiah pulak (kalau piala tu lain cerita ok).

SALAH SATU sebab wanita disuruh menutup aurat, ialah sebab wanita ni memang ibarat hadiah yang akan diberikan kepada si suami, dah hanya suami lah yang selaku penerima hadiah, yang layak membuka hadiah tersebut. kaum wanita yang saya hormati sekalian :) kalau awalawal lagi anda sudah tidak menjaga apa yang anda patut jaga, macam tak special pulak lah kan, sebabnya orang lain dah dapat tengok hadiahhadiah yang sepatutnya hanya si suami yang layak, jadi nilainilai estetika ketulenan itu dah hilang. macam dalam lirik lagu KITA INSAN BIASA yang part chorus perempuan tu. 

sebenarnya agak susah aku nak terangkan kat sini. dah dua tiga kali aku tulis pastu padam balik sebab takut ada yang kata aku ni datang sini belajar medik ke belajar munakahat. jadi nasihat aku ialah, jika anda seorang perempuan, baca balik perenggan pertama dan sila relate kan dengan diri anda sebagai perempuan, iaitu, ibaratkan anda adalah hadiah yang aku ceritakan. kalau anda lelaki sila berfikir betul tak apa yang aku cakap.

"impure women are for impure men, and impure men are for impure women; and pure women are for pure men and pure men are for pure women, such are innocent of that which people say.For them there is forgiveness and honorable provision."
(An-nur : 26)

sekarang ni aku tengok kaum hawa yang bertudung, tambahan lagi yang bertudung labuh, sangat makin lama makin kurang, dapatlah aku katakan kat sini yang diorang semua ini LIMITED EDITION yang mana LIMITED EDITION SEMESTINYA SANGAT SPECIAL DAN CIRICIRI MENARIKNYA LEBIH DARIPADA YANG BIASA.

p/s: (nak meniru ayat orang lain sikit) peringatan buat diri sendiri yang masih banyak melakukan dosa sebagai hamba yang hina dan juga pesanan untuk yang lain supaya kita tidak kembali ke zaman dahulu kala bertemankan kejahilan. 

assalamualaikum 

2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt..

    Agak lama tak jenguk blog ni na..
    agak sibuk dengan urusan dunia...Hmmm...

    SubhanaAllah..
    mantop dah la ni..
    sudah pandai berkata-kata..

    Tapi..
    dalam kita mengorak langkah dalam menjadi Daie (pendakwah)...
    Cuba kita belajar dari isi entry itu..
    lalu kita tafsirkan dalam kehidupan kita..

    adakah kita SUDAH buat apa yang kita bicarakan..
    atau kita hanya menjadi Daie yang duduk saja-saja..

    "cakap kosong"..
    ha..ayat tu yang kita tak nak orang label pada kita..
    jadi..mari kita usaha utk buat apa yang TELAH kita bicarakan..

    satu lagi nasihat...
    Promote blog enti..

    Promote dalam konteks nak menyebarkan dakwah..
    bukan nak tunjuk/riak cakap kita ni TENGAH buat baik..

    examples:
    Sorang tauke arak..promote arak,ckp arak blh settle semua masalah..
    dan sorang lagi penjual Al-Quran..tpi x promote kedainya..
    Persoalannya..siapa yang rugi? Siapa yang untung?


    nasihat ini lebih ditujukan pada diri ana sendri..

    insyaAllah...
    ana yakin enti dah buat apa yang dibicarakan..
    insyaAllah..
    wallahualam..
    Assalamualaikum wbt

    Thumbs up

    ReplyDelete
  2. Lensa Daie; waalaikumussalam wbt. Alhamdulillah, banyak lagi kekurangan dan kejahilan diri ini, rasa malu untuk menampilkan diri tu sentiasa ada, sebab rasa macam diri ni banyak sangat buat dosa, apa yang di dengar, dan diberi oleh orang lain, sekiranya elok, saya kongsi supaya kita semua menuju ke jalanNya, insyaAllah. terima ksih sebab banyak beri tunjuk ajar dan nasihat. selamat berkongsi ilmu :)

    ReplyDelete