boleh kasi thumbs up tak?

Friday, December 23, 2011

PENAT




seingat aku sejak 3 tahun lepas tengkorak ni dilukis, dia tak pernah penat tersenyum, dan berdiri.. masa tu aku ingat lagi, aku hanya ada kertas yang kosong,pensil dan pemadam, juga pen, dan aku kena ingat namanama tulang . aku rasa, menghafal adalah satu kerja yang kadangkadng leceh. jadi aku corakkan kertas tadi dengan lukisan buruk yang kadangkadang hanya aku je yang faham. tak ape lah, yang penting ianya bermanfaat.

wahai KAWAN saya yang comel ^_^
kalau aku cakap, janganlah kau menangis,
aku di sini, kau di sana, dan emak di tempat lain pula
aku sedih kau takdapat peluk EMAK untuk dapatkan ketenangan
lagi sayu bila aku tak dapat memegang tangan untuk kongsi sedikit kekuatan
sebab kePENATan yang hanya kita rasa.

ingat lagi tak, dulu kita diberi satu kain putih,
ya, kain putih yang tidaklah besar manapun, dan tugas kita adalah mewarnakannya.
"aku tak pandai" itu kata kau, tak apa, kita belajar bersama.
aku minta maaf sebab kita tak menang pada hari tu,disebabkan mungkin pilihan warna aku, yang nampak
DULL.
atau kerana makcikmakcik batik lain lebih expert.
but at least we've learnt. and the experience that we gained..itulah kemenangan yang sebenar.

 ALLAH bagi sesuatu ujian tu bersesuaian dengan kemampuan kita. sebab kita mampu hadapi, sebab tu dia bagi ujian tu. ISLAM ITU TIDAK MEMBEBANKAN. :)

bila kita mintak KEKUATAN dari Dia, Dia takkan bagi kekuatan, tapi dia lagi bagi ujian untuk kita supaya bila kita hadapi ujian tu dengan sabar dll, secara automatiknya kita akan develop kekuatan dalam diri. 


pesanan dari ibu : Allah letakkan kita di satu jalan tu, kita lah yang kena corakkan jalan kita.sebab tu lah dunia ni Allah hadirkan dengan pelbagai warna, bukan dengan putih sahaja walau putih itu warna yang suci, supaya kita boleh mencorakkan apa yang Allah dah letak untuk kita. kalau kita corakkan dengan wara gelap, gelaplah semuanya, kalau kita corakkan dengan warna yang terang, cerialah ia.kuranglah kepenatan tu :)


Assalamualaikum. :)


1 comment:

  1. untuk aku? hihi, thanks, btw, haritu dah baca, tapi tak sempat nak komen2, :D

    ReplyDelete