boleh kasi thumbs up tak?

Wednesday, October 26, 2011

NIAT

[=,='] maksudnya setelah interpret sendiri ialah longlai.wyh??? why ijat? why nia? jangan banyak tanya, nak baca duduk diamdiam lah.

i think i need her NOW.seriously
dulu kawan aku selalu cakap kalau doa kita tak dimakbulkan Allah s.w.t tu mungkin ad silapnya di belakang, contohnya macam ibadah kita tak diterima, macam solat.maybe solat kita tak sempurna, tak khusyuk, kenapa tak khusyuk? mungkin ada silap kat belakangnya lagi, contohnya kata sahabat tu, cek balik betul ke cara kita berwuduk,bersih ke kita dari najis sebelum berwuduk,. nampak tak, perkara yang kita anggap kecik camtu pun boleh bawakeffect yang BESARRRRR kan.

saya rasa (ceh 'saya') mungkin benda sama berlaku pada exam kan..bila kita takleh jawab exam dengan SEMPURNA, mulalah kita marah penggubal soalan la, konon nak kenakan kita, atau salahkan spot soalan lah yang 90% tak betul, etc. well, aku memang dari zaman sekolah paling pantang orang bagi soalan spot ke ape, aku rasa serabutjust yang paling banyak di spot tu la aku bagi faham,tapi tak ada la study based on spot tu je.oh, dah lari pulak dari tujuan sebenar.

ok, ini analisis aku kenapa dalam exam  kita tak perform bagus . (oleh kerana malas aku tulis tangan cukup la ye, nama pun belog tulisan tangan)
klik gambar tersebut untuk tumbesaran maksimum

kenapa anda belajar dalam bidang yang anda belajar sekarang?

"seeloknya, bila kita belajar, niat kita adalah untuk nak dapat ilmu tu, nakkan ilmu tu, bukan sebab nak jadi populer ke,sebab nak nanti gaji banyak ke,sebab bila kita nakkan sesuatu tu, kita akan lagi bersungguhsungguh masa menerimanya" *tak faham takpe lahh T.T

jadi betulah katakata ramai senior, 'betulkan niat' ade jugak yang cakap "minat boleh dipupuk" ape yang aku boleh tafsir kat sini, macam aku, minat aku tak la 100% dalam bidang yang aku ceburi sekarang. tapi kalau niat aku belajar ni sebab aku nakkan ilmu perubatan tu, bukannya sebab lain, mungkin masa akan datang aku akan minat profession tersebut. jadi kemungkinan besar exam ni akan kantoiiii berketulketul. aku sendiri kena betulkan niat aku.yang penting LILLAHITA'ALA. kalau DIA izinkan, apa pun tak mustahil, insyaAllah.

p/s: janganlah menganggap aku berbangga pulak ke ape, bahaya kalau riak ni, takut aku. cuma aku nak berkongsi yang kita kena betulkan niat kita kalau nak sesuatu tu berjalan smoothly.

akhir kata

daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Khattab r.a, beliau berkata: aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
     bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasulnya. barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seseorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.  

ASSALAMUALAIKUM AWAK SEMUA :)
semoga berjaya di dunia dan akhirat kelak.

**p/s kedua: terima kasih hamba Allah yang sudi memberi nasihat dan pandangan,budi yang baik dikenang jua, insyaAllah.


3 comments:

  1. gdluck my fren :)
    suka baca post ni :)
    sbb pernah rasa mcm ni gak bila study tp x perform dlm exam msti frust glerr..
    tapi bila pikir balik niat tu yg tak cukup betul HAHA

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt..

    Pernah ke kita terfikir...
    Apakah ada persamaan diantara Ujian/exam dan Ujian dari Allah??

    Masing-masing mungkin beza dimata kasar..
    tetapi dibaliknya,,tersirap maksud tersirat..

    sekadar berkongsi..apa yang dpt dirungkapkan oleh diri yang hina ini..

    1.
    Ujian/exam duniawi:
    Uji kefahaman kita tentang apa yang kita dapat waktu belajar..

    2.
    Ujian Allah:
    Uji kefahaman kita tentang islam..

    Got my points??
    selamat berfikir...

    ReplyDelete
  3. FATIN: thanks :) tu la,sekarang kerja berat ni nak betulkan niat balik.tu yang penting, thanks for your support!!

    LENSA DAIE: WAALAIKUMUSSALAM..alhamdulillah,diri yang sentiasa cetek ilmu ni diberi peluang untuk berfikir kesilapan diri.insyaAllah sedang cuba perbetulkN.terima ksih atas perkongsian berguna. ada orang yang anggap ujian/exam duniawi dan ujian Allah s.w.t tu. tak ada kena mengena antara satu sama lain, tapi sebenarnya keduanya pun berkait rapat. semoga lensa daie tak jemu berkongsi ilmu dgn sy yang banyak kekurangan ni..

    ReplyDelete