ASSALAMUALAIKUM
mesti ade yang tertanyatanya ape tu senyum sombong. senyum sombong is equal to my face. walau senyum pun orang cakap sombong,tak apa, senyum tu kan sedekah, mungkin muka memang ketat sejak azali? entahla.
nak cerita pasal sombong tu sebenarnya, memang ramai yang mengalami sindiran 'sombong' walau hakikatnya tak. dan ade jugak, selepas segmensegmen yang aku join, ade blogger yang cakap di dunia nyata nya, mereka adalah pendiam. ha mereka yang pendiam ni lah kadangkadang ditafsirkan sombong.itu kes pertama. kes kedua, kawankawan, bila sesorang kawan tu dah lama tak dengar cerita, sekali terjumpa, keluarlah perkataan 'kau dah sombong ek sekarang'. kalau aku memang buat muka senyum je, dalam hati menangis defend diri mengatakan, aku takla sesombong yang korang anggap, cuma kadangkadang busy, kadang busy sangat comment kat blog pun lambat direply kan.
jadi saya :) nak berkongsi sedikit,
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan.”
Maka seseorang berkata: “Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?”
Maka berkata Rasulullah: Sesungguhnya Allah itu maha indah dan cinta pada keindahan (maksudnya, pakaian indah tidak selalu bererti kesombongan). Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain.”
(Hadis riwayat Muslim)
nampak disitu, jadi bersamasamalah kita perbetulkan perspektif kita. lagi satu,
dalam Surah Luqman ayat Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.”
lagi satu kena ingat, sebelum kita cop orang lain sombong, fikir dulu diri sendiri. berapa kali kita berdoa setiap hari. pernah dengar tak hamba yang tak pernah berdoa dan meminta dari Allah adalah hamba yang sombong. *sambil jalan kaki g kelas pun boleh berdoa gak kan :D dalam hati.
And says yor LOrd: "call upon Me.I will respond to you; surely those who are too arrogant to serve Me will enter Hell, disgraced (SURAH GHAFIR ayat 60)
akhir kata, saya memohon maaf sekiranya ada diantara readers atau kawankawan yang dikenali secara maya atau dialam nyata yang terkecil hati sekiranya merasakan adanya sikap sombong dalam diri saya, saya tidak berniat sebegitu, mungkin banyak lagi yang perlu saya belajar, sesungguhnya saya hanyalah hamba yang sebesar kuman yang selalu melakukan dosa. kalau ada salah sila tegur ye :)
ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami.amin.
ASSALAMUALAIKUM
