boleh kasi thumbs up tak?

Saturday, November 3, 2012

'HITAM' itu masih kehidupan

Hal Satu:

Abu Hurairah ra. berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: “Semua umatku akan ditutupi segala kesalahannya kecuali orang-orang yang berbuat maksiat dengan terang-terangan. Masuk dalam kategori berbuat maksiat terang-terangan adalah bila seorang berbuat dosa di malam hari kemudian Allah telah menutupi dosanya, lalu dia berkata (kepada temannya): Hai Fulan! Tadi malam aku telah berbuat ini dan itu. Allah telah menutupi dosanya ketika di malam hari sehingga ia bermalam dalam keadaan ditutupi dosanya, kemudian di pagi hari ia sendiri menyingkap tirai penutup Allah dari dirinya. 
(HR. Muslim)

Jika mahu diceritakan hal dahulu zaman kita jahat/nakal etc, sekiranya halhal itu boleh mendatangkan keinsafan kepada si pendengar maka teruskanlah, selagi mana ia tidak meletakkan kita dalam lorong caci maki akibat hal yang telahpun kita insafi. Kalau dulu kehidupan pernah hitam, at least sekarang kita cuba hilangkan hitam tu. Kalau tak de zaman kegelapan dulu, tak mungkin kita dapat bersyukur dan nampak putih dan colourful hari ni. jadi bersyukurlah.

OK Habis.

Hal Dua:

Aku terjumpa segolongan student final year satu IPTS yang kos sama nagn kitorang, so one of us tanya "how can u survive in this medical school until 5th year?" jawab dia, "good question, it's easy, when u got free time, go enjoy yourself" aku senyum, rasa nak cakap "GIMME FIVE!" kat cik kak tu. yelah, kalau cakap cenggitu kat bebudak ni walaupun tak semua, mesti ada yang otak jenis fikir "bukan ke tak penah ada waktu free?" atau "bukan ke kalau free kena baca buku?" itu mentaliti mereka/anda!

Mentaliti gua:

enjoy= get your mind out of medical things sekejap, at least WARNA-WARNIKAN kehidupan korang

Bukan bebudak medic je, generally terhadap sahabatsahabat yang still belajar serta workaholics.Bukan bermaksud suruh korang g enjoy habiskan duit JPA/PTPTN/MARA tapi at least do something yang boleh ringankan sikit otak korang yang letih, serta aktiviti yang boleh longgarkan sikit muka korang yang ketat, serta aktiviti yang boleh sedarkan diri korang yang korang bukan hidup untuk buku medic tu, korang hidup untuk PENCIPTA. 
(ni pandangan peribadi je, kalau tersalah pandangan harap dimaafkan)

p/s: harapnya esok tak hujan, ok lah, at least hujan tak lebat dan tak lama so that our Kokurikulum punya program boleh jalan smoothly.

0 comments:

Post a Comment