boleh kasi thumbs up tak?

Saturday, September 22, 2012

Memang study tu nombor satu, tapi....

'kakak, kita takde masa la nak pegi beli barang kat Mydin' , 'ala malam pun boleh, sempat je' , 'eh tak boleh kak, malam kena baca buku'

'kak, mengundi ni wajib ke?' (sambil buat muka) 'ohh, tak wajib pun, cuma TANGGUNGJAWAB'

bukan nak tergugat ke apa dengan kehadiran golongan yang boleh dikatakan lebih powerful dari aku (i mean dari segi intelligence n kerajinan) cuma, senang cakap, aku tengok muka diorang pun tahu diorang stress.

yes, we are all here to become a doctor, tapi, kadang kadang we just have to let our body, mind and soul to get some rest daripada all the MEDICOS  things tu. Yes, we have to read everyday to be a doctor, tapi bukanlah 24/7 duk menghafal Guyton tu. Kesian, aku yang tengok pun bertambah stress(sebab aku banyak main game dari study). sebabnya..



belajar memang satu ibadah, tapi jangan lupa beriadah pun satu ibadah juga. belajar bagai nak gila tapi lupa niat sebenar iaitu LILLAHITA'ALA, agak siasia disitu ya.

hubungan dengan buku tu penting, tapi jangan lupa, ukhuwah sesama kita juga penting, lagi penting hubungan dengan Al-quran, dan hubungan dengan Pemberi aqal fikiran.

manusia selalu takkan lupa untuk menjadi pelupa, jadi diingatkan sekali lagi, KITA BUKAN HAMBA STUDY.

kita guna buku tu sebagai salah satu alat untuk mencapai masa depan kita, umpama buku tu pancing untuk mendapatkan ikan, jangan jadikan 'pancing' itu sebagai 100% sumber utk dapat ikan, kalau tak diletak umpan cacing,katak atau sebagainya, ikan pun takkan datang.

SEKADAR PERINGATAN TERHADAP DIRI SENDIRI DAN YANG LAIN.

p/s: dalam banyak banyak buku, aku paling suka buku papa patho :D (tapi tak bermakna hebat patho) :p

ASSALAMUALAIKUM.



1 comment: