boleh kasi thumbs up tak?

Saturday, June 23, 2012

jom ponteng!

Hai.. ape khabar semua? oh, jangan tanya kenapa lama blog ni suram sebab soalan tersebut takkan dijawab walaupun korang pujuk aku dengan cekelat, takkan dilayan. 

oleh kerana sekarang ni musim struggle belajar bagi coursemate aku, dan korang yag lain pulak banyak yang dah goyang kaki lenggang kangkung duduk rumah (sobsob) , ni nak tanye, pernah tak, bila dekatdekat nak exam, nak kuiz subjek penting, then tetiba ada kelas subjek yang takberapa nak penting, korang rasa macam, nak take for granted kelas tersebut? well i do! 

aku ingat lagi masa kat matrik aku cuba melarikan diri dari kelas english, tetiba kawan aku cakap "MAK AYAH AKU HANTAR AKU MAI SINI SUH BELAJAR BUKAN PONTENG" , mase tu aku rasa macam panah telah menembusi dari kepala aku sampai ke perut, sangat tak senang duduk, sebab selalunya kalau kita ponteng mana fikir mak ayah kan.

cuba kalau masa kita tak g kelas tu kita fikir atau rewind balik saat-saat mak ayah hantar kita, bagi duit kat kita, dan cakap "adik, belajar elokelok ye, kalau takde duit call bagitau abah tau" 
dan cuba bayangkan kalau pada hari kita ponteng tu, mak ayah kita call tanya "camane kelas hari ni, belajar ape" sampai hati tak nak cakap "adik ponteng kelas hari ni.." , sedangkan nak cakap fail quiz pun tak sampai hati takut diorang risau. at least tunjuk sikit rasa bersyukur sebab diberi peluan untuk terus menuntut ilmu oficially kat mane2 institusi.

tahu tak, ade ponteng yang dibolehkan? ponteng yang HARAM dah tentu ponteng perkara2 ibadah yang wajib. jadi kat sini, aku nak ajak korang semua, oleh sebab dah nak dekat Ramadhan ni, jomlah kita cuba PONTENG perkara yang tak elok, contohnya berketupat (mengumpat) dan lain2 (sila fikir sendiri).. dan satu lagi , oleh kerana nak dekat exam ni, marilah kita Ponteng tidur. bukannya aku suruh takyah tidur, tapi tidur yang berlebihan tu, kita cut la.. kalau boleh berjaga sampai pagi semata-mata tengok bola, kenapa tak untuk study+sedikit ibadah. 

sesungguhnya manusia itu sifatnya mudah terlupa dek kerana penggunaan aqal yang terbatas, walaupun akal itu ialah ciptaanNya, kita yang selalu guna akal tanpa berfikir, kerana itu, sesama manusia perlu ada sifat saling mengingati.

terima kasih sahabat diatas yang pernah sound aku, sekurang-kurangnya aku berfikir selepas kena sebijik dengan dia. 

oleh kerana aku rasa macam gaya bahasa aku pun dah menjadi kurang proper, baiklah aku undur diri dulu.


p/s: aku harap ape yang aku cerita korang tak salah anggap sebagai membuka aib atau ape, sebab aku niat untuk nak kasi contoh supaya orang ambil iktibar, kalu tak suka boleh directly bagitahu.
p/s/s: kadang2 aku pun terponteng kelas jugak, sobsosb, sangat tak berdisiplin.
ASSALAMUALAIKUM KAWAN :)

-because we've promised to convey-

2 comments:

  1. xabeh exam ag ea..btw, good luck..all da best..no more ponteng2..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. study week pun tak start lagi sebenarnye.hehe.. akan cuba,, thank you ^^

      Delete