boleh kasi thumbs up tak?

Wednesday, March 21, 2012

siJahat ?

Assalamualaikum,there was a time when one of my friendssss memulakan perbicaraan yang serius, tak macam selalu. "beb, aku nak tanya sesuatu dengan kau tapi aku nak kau JUJUR". Dalam hati aku terdetik, apa salah aku pada dia, ruparupa dia bertanya perihal sikap, "kau rasa aku jahat ke? yela aku suka kacau bebudak ni, mesti orang tak percaya kalau tengok muka aku, nampak baik, tapii jahat, selalu kacau orang", nak tahu jugak aku apa kejahatan yang beliau maksudkan, "aku suka kacau orang, dulu aku tak macam ni, tapi sebab aku baik sangat orang pijak kepala aku, aku susah nak cari kawan........etc.etc".
Biar dia habis bercerita agar tenang rasa dihati..

pendapat dan pesanan aku pada sahabat :

dalam konteks persahabatan dan kamus persahabatan aku, aku taknampak dan tak pandang seseorang sahabat tu dari segi kebaikan atau kejahatan yang dia lakukan, yang aku nampak kelebihan dan kekurangan peribadi yang secara normalnya semua orang ada, tak kiralah beliau tersebut adalah kaki masjid,kaki buku, kaki gitar, kaki fixie, kaki facebook, kaki blog mahupun kaki tidur. macam yang ustaz cakap haritu, memanglah sesuatu benda tu telah ditetapkan qada' dan qadar, tapi kita yang memilih untuk terjun atau tidakk kedalam sesuatu keadaan itu.

sahabat, saya taknampak pun apaapa kelakuan awak yang boleh meruntuhkan hubungan awak dengan sahabat yang lain,walaupun awak cakap selalu kacau diorang, itu bukan jahat namanya, saya tukarkan perkataan 'kacau' tu dengan 'bergurau', sebab kawan yang lain pun tahu awak sedang bergurau mesra dengan diorang, dan yang saya nampak, gurauan awak tu buat awak bertambah rapat dengan diorang.

bila seseorang itu boleh nampak kesalahan yang dilakukannya dan rasa dia tak patut melakukannya, maknanya, orang tersebut telah dianugerahkan aqal yang baik, dan dalam hatinya ada niat ingin mengubah kesalahannya dan menjadi lebih baik, cuma fizikalnya masih terhalang dengan keadaan yang tidak bersedia, orang lain boleh memberi pandangan dan tunjuk ajar, tetapi inisiatif itu terletak atas diri sendiri jugak, nak atau tidak.




tamat sudah pesanan, jangan buruk sangka terhadap diri sendiri.

JAHAT ialah ZALIM terhadap diri sendiri dan orang lain, kejahatan tu bukan diri sendii yang nilai, orang yang zalim tak nampak dirinya melakukan kezaliman sebab syaitan dah menghasutnya untuk mementingkan diri sendiri sahaja.


bila kita berubah jadi baik, kita ingat yang kita pernah buat jahat dulu, tapi kalau kita berubah jadi jahat, kita jarang dan taknak ingat yang kita dulu adalah seorang yang baik.


p/s: tahniah grup seminar 'hypertension' kami yang telah mendapat pujian melambunglambung dari pensyarah yang susah nak memuji orang, oleh sebab pensyarah tersebut menyatakan 'izzati, your presentation is good,gud n gud except reference', jadi dengan rasa rendah diri, pada senior, mintak anda halalkan beberapa point yang telah saya copy secara langsung atau tidak langsung dari slide anda semua, semoga Allah membalas jasa kalian.

p/s/s: jika ada yang anda tidak berkenan keatas diri saya, janganlah anda mengATTACK rakanrakan saya, berbincanglah kita hendaknye.

terima kasih :)


1 comment:

  1. sangat tidak boleh dinafikan kebenarannya...InsyaALLAH, berguna utk mengharungi badai kehidupan....TQ...

    ReplyDelete