boleh kasi thumbs up tak?

Thursday, February 23, 2012

kid's mind (sesudah di edit semula)




when i was a kid, everything is possible...
___________________________________________________________________________

masa aku kecik kecik, bila aku nak jadi ninja, aku ikat baju kat muka kasi nampak mate je.
camni caranya...
1. bahagian yang masuk kepala tu letak kat mata
2 bahagian yang supposed utk masuk tangan tu,ikat kat belakang kepala.. jadilah begini.

tapi yang paling terkesan dalam hidup aku adalah, impian zaman sekolah rendah aku yang nak sangatttt jadi seorang pengawas. sebab masa sekolah rendah zaman dolu dolu, orang respect pengawas ni dan pengawas adalah jawatan yang popular. mase tu memang fikiran duniawi sangat.

tapi untuk jadi pengawas kat S.K Sri Kinta, Ipoh, adalah atas selection cikgu. maslahnye aku ni amatlah low profile dan tak menonjol LANGSUNG masa sekolah rendah, kira pendiam jugak. 

tapi aku amat jeles melihat kawan kawan aku yag jadi pengawas, kadang kadang aku menangis sorangsorang sebab nak jadi pengawas.. jadi aku mengambil jalan lain untuk jadi pengawas iaitu dengan mencari bukubuku keagamaan.

ape kena mengenanye? so aku cari zikirzikir yang bertujuan Allah memakbulkan doa kita dengan cepat. sudah semestinya doa aku pada waktu itu : "aku nak jadi pengawas"

tapi.... at the end of the year masa aku darjah 4, atas sebabsebab yang aku tak suka, kami kena balik duduk kat kelantan,tempat mama dilahirkan.. kira taksempat aku nak berbakti kat sekolah tu sebagai PENGAWAS.

jadi kat sekolah baru yang bernama SK Kg Sireh (sila JANGAN ketawakan nama sekolah aku) . aku jumpa cikgucikgu yang TERBAIK. nak tahu macamana baik cikgu di Kelantan, try la g sekolah kat sana. Kalau bab motivasi diri memang tiptop la sekolah sana. 

berbalik pada kisah aku tadi, mulamula aku sampai di kelantan sebagai NERDY (sebab aku tak faham sangat diorang cakap ape,jadi aku diam) tapi diam aku tu jugaklah yang membolehkan aku bangun balik selepas jatuh teruk masa kat perak. jadi cikgucikgu layan lagi baik. sampaikan cikgu disiplin pada waktu itu yang bernama En. Zul (mintak maaf kalau salah)  tanya aku soalan " awak nak jadi pengawas ke pustakawan(pengawas pusat sumber)?" aku pun dengan berbunga hati memilih jawatan pengawas..

see, siapa cakap Allah tak sayang kita? bila kita mintak dan kita usaha,Dia akan bagi hasil. memanglah mulamula Dia bagi kita kesedihan, sebab Dia nak uji pegangan kita.. sebenarnya bila aku teringat balik kisah ni baru aku terfikir "rupanya Allah dah makbulkan salah satu doa aku dulu" tapi aku terlalu cetek ilmu sampaikan tak faham semua tu dan masih leka masa tu. 

Allah ada cara tersendiri untuk tunjukkan kasihsayang pada hambanya.

teringat masa aku kehilangan seseorang masa zaman matrikulasi..
masa tu aku fikir..

"Allah ambil sesuatu yang kita sayang dari kita, sebab Dia nak bagi sesuatu yang lebih berharga yang kita perlukan"

SELAMAT MALAM, ASSALAMUALAIKUM :D





2 comments:

  1. Allah bg masa kita perlu bukan masa kita minta. Kadang-kadang kita ta taw pun menda tuh hanya diperlukan seketika sahaja :)

    ReplyDelete