boleh kasi thumbs up tak?

Thursday, November 24, 2011

sometimes,just need to be ALONE

kadangkadang seorang manusia memang perlukan masa untuk bersendirian.bagi aku:
  • untuk kita fikir balik apa yang dah berlalu, bukan untuk berada di tampuk lama, tapi untuk peringatan, muhasabah diri
  • untuk bagi masa untuk diri sendiri nikmati hidup. maksudnya bukan untuk berhibur taktentu hala sorangsorang,tapi lebih kepada menghayati kehidupan sebagai penghuni di mukabumi PENCIPTA ni
  • kadangkadang kita perlu buat satu keputusan tanpa pengaruh orang lain. memanglah seeloknya tanya pendapat orang lain, tapi lepas tu baik kita nilai balik segala pandangan then baru buat keputusan.
  • untuk mendapatkan ketenangan bila ada hal peribadi yang tak semua orang boleh faham. kalau manusia takboleh faham , Allah swt tu maha mengetahui kan :)
  • semuanya tentang mendapatkan ketenangan, yang mana setiap orang ada definisi yang berlainan tentang "ketenangan" 

teringat zaman matrikulasi, dalam kelas ketawa samasama kawan, time makan selalu sorang, because i used to eat, alone, masa tu lah. walau banyak mana pun kawan, kadangkadang kita akan terasa untuk duduk berseorangan. inilah yang buat seseorang tu lebih berdikari. sekarang pun, kadangkadang lebih selesa jalan di mydin,giant atau pergi terminal sendiri. tapi ada sahabat yang cakap "jangan berani sangat, terengganu sekarang dah macam KL".

jangan risau, pokoknya, aku bukan berseorangan pun, Allah selalu ada.

thanks roomate,walaupun bukan harijadi sebenar.(tetiba) *dia tahu orang ni suka bendabenda kanakkanak ribena


Manusia sememangnya dikurniakan sifat suka berkeluh kesah. 

"Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh."
"Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah,"
"Dan apabila mendapat kebaikan (harta), dia menjadi kikir"
                         
                    ( Surah Al-Ma'arij, ayat ke- 19-21)

pada pendapat peribadi, daripada kita terus menerus berkeluh kesah, ada baiknya kita duduk sorangsorang buat seketika, fikirkan apa punca kita  ditimpa sesuatu masalah, mungkin balasan dosa, atau ujian Allah, menjadi hamba, taklari dari ujian dariNya. macam sekarang,hujan rahmat di serata Malaysia :D.


P/S: oh, dua tiga hari ni aku banyak terdengar cerita tentang seseorang kenalan ni yang pernah menggegarkan mimpi aku, apeapepun aku gembira dengar berita dan cerita tersebut. (tetiba hati jadi tenang selepas merasionalkan fikiran berseorangan). harapan, semoga bahagia dan ditetapkan iman. :)


sekian,

ASSALAMUALAIKUM :D

1 comment: